Keselamatan

Perarakan Hari Kemenangan China untuk tonjolkan senjata-senjata baharu

Pameran ketenteraan terbesar Beijing dalam beberapa tahun ini sepatutnya menampilkan peluru-peluru berpandu canggih, dron-dron dan kereta-kereta kebal.

Anggota-anggota tentera China pada 20 Ogos di Beijing berlatih menjelang perarakan yang memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan China ke atas Jepun, yang dijadualkan pada 3 September. [Pedro Pardo/AFP]
Anggota-anggota tentera China pada 20 Ogos di Beijing berlatih menjelang perarakan yang memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan China ke atas Jepun, yang dijadualkan pada 3 September. [Pedro Pardo/AFP]

Oleh Jia Feimao |

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Beijing telah menutup jalan raya untuk raptai tengah malam, mengharamkan dron dan mengenakan kawalan keselamatan yang ketat di seluruh pusat bandarnya ketika bandar itu bersiap sedia untuk apa yang dianggap sebagai salah satu perarakan ketenteraan terbesar dalam tempoh yang lama.

Acara pada 3 September tersebut, menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan ke atas Jepun dan pengakhiran Perang Dunia II, dijangka mempamerkan senjata China yang baru dibangunkan dan mencerminkan skala usaha pemodenan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).

Presiden Xi Jinping berhasrat untuk memeriksa puluhan ribu tentera yang berhimpun di Dataran Tiananmen, dan Presiden Rusia Vladimir Putin serta Perdana Menteri India Narendra Modi antara orang kenamaan asing dijangka hadir, menurut Reuters.

Perarakan itu, yang dikoreografi dengan teliti dan bersimbolik secara politik, bertujuan untuk menonjolkan kekuatan ketenteraan China dan kerjasama antarabangsanya.

Anggota-anggota tentera China pada 20 Ogos di Beijing mengambil bahagian dalam raptai menjelang perarakan yang memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan China ke atas Jepun, yang dijadualkan pada 3 September. [Pedro Pardo/AFP]
Anggota-anggota tentera China pada 20 Ogos di Beijing mengambil bahagian dalam raptai menjelang perarakan yang memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan China ke atas Jepun, yang dijadualkan pada 3 September. [Pedro Pardo/AFP]
Imej satelit yang diambil pada 25 Ogos menunjukkan peralatan ketenteraan dikumpulkan dikawasan persediaan di Beijing menjelang perarakan Hari Kemenangan China. [Planet Labs]
Imej satelit yang diambil pada 25 Ogos menunjukkan peralatan ketenteraan dikumpulkan dikawasan persediaan di Beijing menjelang perarakan Hari Kemenangan China. [Planet Labs]

Kebanyakan pemimpin Barat dijangka menjauhkan diri, menjadikan acara itu sebagai pameran solidariti di kalangan China, Rusia dan bahagian Selatan Global dengan latar belakang hubungan yang semakin buruk dengan negara-negera Barat dan ketidaktentuan yang semakin bertambah dalam persekitaran keselamatan Asia.

Perisai, pesawat-pesawat dan peluru-peluru berpandu yang baharu

Dalam satu sidang akhbar pada 20 Ogos, Mejar Jeneral China Wu Zeke berkata sebahagian besar senjata yang membuat penampilan sulung adalah model-model baharu.

Wu menekankan bahawa perarakan itu akan mempamerkan kereta-kereta kebal generasi keempat, pesawat berasaskan kapal induk dan jet-jet pejuang, serta keupayaan baharu seperti sistem tempur tanpa pemandu untuk darat, laut dan udara; senjata tenaga terarah dan sistem jamming elektronik.

Aset-aset strategik termasuk hipersonik, pertahanan udara dan peluru-peluru berpandu jarak jauh juga akan ditunjukkan untuk menekankan pencegahan.

Imej-imej beberapa senjata baharu telah pun tersebar dalam talian. Sebuah kereta kebal sederhana generasi akan datang yang dilengkapi dengan radar 360 darjah, sistem antipeluru berpandu dan antidrone telah dikesan di atas jalan di Beijing semasa raptai-raptai perarakan.

Editor-editor Pangkalan Data Pasukan Khas dan Senjata Ketenteraan Dunia, satu halaman peminat ketenteraan dalam bahasa Cina di Facebook, menyatakan bahawa kenderaan itu mempunyai radar tatasusunan empat sisi, sistem amaran awal laser, sistem pertahanan aktif dan mesingan automatik, yang memberikannya keupayaan untuk menentang kedua-dua peluru berpandu anti-perisai dan dron.

Lin Ying-yu, seorang profesor bersekutu di Universiti Tamkang di Taiwan, memberitahu Focus bahawa reka bentuk sedemikian diilhamkan olehperang Rusia-Ukraine, di mana kereta-kereta kebal T-90 Rusia dan M1A1 AS dimusnahkan oleh dron.

Kereta-kereta kebal kini berdepan ancaman bukan sahaja daripada perisai musuh tetapi juga daripada dron-dron berani mati dan senjata anti-perisai mudah alih, satu trend yang mungkin membentuk perkembangan masa depan, katanya.

Lin menyatakan bahawa Taiwan berniat untuk membeli 50,000 buah dron, walaupun masih tidak dapat memastikan sama ada mereka boleh mengimbangi kereta-kereta kebal baharu China. Pemerhati-pemerhati sedang melihat sama ada PLA akan menyesuaikan sistem-sistem antidrone dalam kereta-kereta kebal ringan.

Lin juga berkata bahawa dron yang dipanggil “pengiring sayap setia" yang direka untuk terbang bersama-sama dan bekerjasama dengan jet pejuang yang dikendalikan oleh manusia akan berbaloi ditonton.

Berdasarkan imejan satelit, web ketenteraan AS The War Zone mencadangkan sekurang-kurangnya lima jenis dron pengiring sayap setia serupa dengan reka bentuk Valkyrie AS mungkin akan dipamerkan.

"Transformasi peralatan dan sistem organisasi PLA dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu boleh digambarkan sebagai perubahan yang besar," kata penyelidik perisikan sumber terbuka Joseph Wen kepada Focus.

Beliau meramalkan peluru berpandu hipersonik DF-27, dengan jarak sehingga 8,000km dan mampu membawa nuklear atau kepala peledak konvensional, mungkin akan ditunjukkan. Peluru berpandu sedemikian boleh mengancam pangkalan AS di Guam.

Amerika Syarikat mendedahkan kewujudan DF-27 seawal tahun 2021 dan mengesahkan ujiannya yang berjaya pada 2023.

Kemungkinan projek yang sia-sia

Namun, sesetengah penganalisis ketenteraan mempersoalkan dakwaan Wu bahawa senjata yang membuat penampilan sulung mereka adalah "peralatan operasi."

Penganalisis-penganalisis dari Pangkalan Data Pasukan Khas dan Senjata Ketenteraan Dunia mencadangkan bahawa beberapa peralatan mungkin menjadi "projek sia-sia," merujuk kepada kereta kebal ZTZ-99, yang muncul dalam perarakan pada tahun 1999 tetapi tidak memasuki pengeluaran besar-besaran sehingga tahun 2007.

Walaupun pertunjukan mungkin tidak membuktikan pengaturan penuh, ia menyerlahkan trajektori penyelidikan dan pembangunan PLA.

"Ia berprestasi tetapi ia tidak membuktikan keupayaan, dan kami masih tidak tahu sejauh mana China boleh menggabungkan semuanya bersama-sama dan beroperasi dalam senario konflik," kata Drew Thompson, seorang felo kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam Singapura, dalam ucapannya kepada Reuters.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *