Keselamatan

Taiwan haramkan penggunaan DeepSeek di jabatan kerajaan.

DeepSeek melibatkan 'penghantaran maklumat rentas sempadan dan kebocoran maklumat serta kebimbangan mengenai keselamatan maklumat yang lain,' kata Menteri Hal Ehwal Digital Taiwan.

Gambar ini menunjukkan logo aplikasi DeepSeek China di Paris, pada 28 Januari. [Joel Saget/AFP]
Gambar ini menunjukkan logo aplikasi DeepSeek China di Paris, pada 28 Januari. [Joel Saget/AFP]

Oleh AFP |

Taiwan telah melarang pekerjanya di sektor awam dan sektor kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan DeepSeek, mengatakan bahawa produk itu adalah produk China dan boleh membahayakan keselamatan negara.

DeepSeek melancarkan chatbot R1 pada bulan Disember, mendakwa aplikasi itu setaraf dengan peneraju kecerdasan buatan (AI) di Amerika Syarikat dengan pelaburan yang jauh lebih rendah.

Beberapa negara seperti Korea Selatan, Ireland, Perancis, Australia dan Itali telah mempersoalkan cara syarikat AI baharu dari China itu mengendalikan data mereka.

Menteri Hal Ehwal Digital Taiwan berkata pada 31 Januari bahawa kesemua agensi kerajaan dan infrastruktur kritikal tidak sepatutnya menggunakan DeepSeek kerana aplikasi tersebut "mengancam keselamatan maklumat negara."

"Servis DeepSeek AI ialah produk China,"menteri tersebut berkata dalam satu kenyataan.

"Operasinya melibatkan pemindahan data rentas sempadan dan pendedahan maklumat yang menimbulkan kebimbangan keselamatan."

Sejak tahun 2019, Taiwan telah mengharamkan agensi kerajaan daripada menggunakan produk teknologi maklumat dan komunikasi serta servis yang dapat mengundang ancaman kepada 'keselamatan maklumat negara'.

Sekatan Taiwan ini berlaku selepas pengawal data di Korea Selatan dan Ireland mengumumkan akan meminta DeepSeek memberikan penjelasan lanjut tentang pengurusan data peribadi pengguna.

Pada bulan Januari, Itali memulakan siasatan terhadap model R1 dan menyekat pemprosesan data pengguna Itali

Zon kelabu

Taiwan telah sekian lama menuduh China menggunakan taktik "zon kelabu" — tindakan yang tidak mencapai tahap peperangan — terhadap pulau itu, termasuk serangan siber, ketika Beijing terus menekan tuntutan kedaulatannya ke atas pulau tersebut.

Beijing kerap mengerahkan kapal pejuang, drone dan kapal perang, dan kadangkala belon, di sekitar Taiwan sambil mengekalkan tekanan ketenteraan.

Beijing pada bulan Disember melancarkan latihan maritim terbesarnya berhampiran Taiwan, menggunakan puluhan kapal perang dan kapal pengawal pantai dari kawasan berhampiran pulau-pulau selatan Jepun hingga Laut China Selatan, menurut pihak berkuasa Taiwan

Kira-kira 90 kapal perang dan kapal pengawal pantai China mengambil bahagian dalam latihan tersebut, yang termasuk simulasi serangan ke atas kapal asing dan berlatih menyekat laluan laut, menurut pegawai keselamatan Taiwan.

Taipei turut menyuarakan kebimbangan bahawa China mungkin cuba memutuskan pautan komunikasi ke pulau tersebut, termasuk talian telekomunikasi bawah laut.

Pada bulan Februari 2023, dua talian telekom yang menghubungkan kepulauan Matsu di Taiwan telah dipotong, menyebabkan gangguan komunikasi selama berminggu-minggu.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *