Keupayaan

Taiwan sasarkan kenaikan output dron ketika eksport meningkat

Eksport dron Taiwan sudah melebihi jumlah eksport pada tahun lepas. Eksport melambung tersebut memperkukuh usaha untuk mewujudkan rantaian bekalan yang bebas daripada China serta mengukuhkan pertahanan asimetri.

Naib Presiden Taiwan Hsiao Bi-khim, kiri, melawat dron Thunder Tiger dan teknologi-teknologi utama lain di Pusat R&D UAV AI Aplikasi Inovasi AI Asia di Chiayi, Taiwan, pada 26 Januari. [Ihsan Thunder Tiger Corp.]
Naib Presiden Taiwan Hsiao Bi-khim, kiri, melawat dron Thunder Tiger dan teknologi-teknologi utama lain di Pusat R&D UAV AI Aplikasi Inovasi AI Asia di Chiayi, Taiwan, pada 26 Januari. [Ihsan Thunder Tiger Corp.]

Oleh Joyce Huang |

Di tengah-tengah eksport dron melambung naik, Taiwan berhasrat untuk meningkatkan tiga kali ganda nilai output industri dronnya menjelang tahun 2030, satu pendekatan yang disifatkan oleh para penganalisis akan mengukuhkan pertahanan asimetrinya terhadap kemungkinan serangan oleh China.

"Kami menaruh harapan mengenai prospek sektor ini dalam 5 ke 10 tahun akan datang … ketika ketegangan geopolitik telah mengakibatkan negara-negara [termasuk Taiwan] untuk mengembangkan armada dron mereka," Gene Su, pengurus besar Thunder Tiger Corp., memberitahu Focus.

Permintaan yang meningkat akan datang dari kedua-dua dalam dan luar negara, beliau menambah.

Thunder Tiger ialah pengeluar dron yang beribu pejabat di Taichung, di tengah Taiwan.

Syarikat dron Taiwan Thunder Tiger melancarkan dron di bawah laut terbarunya, SeaShark 800, pada hujung bulan April. [Ihsan Thunder Tiger Corp.]
Syarikat dron Taiwan Thunder Tiger melancarkan dron di bawah laut terbarunya, SeaShark 800, pada hujung bulan April. [Ihsan Thunder Tiger Corp.]

Pertambahan dron yang mendadak

Su membeo wawasan Perdana Menteri Taiwan Cho Jung-tai. Cho memberitahu dalam satu mesyuarat kabinet pada hujung bulan April bahawa Taiwan akan membuat pelaburan lima tahun berjumlah 44.2 bilion NTD ($1.4 bilion) untuk meningkatkan nilai output industri dronnya kepada 40 bilion NTD ($1.27 bilion) menjelang 2030.

Hampir separuh daripada pelaburan itu, atau 20 bilion NTD ($636 juta), berkemungkinan akan digunakan untuk memperoleh dron dwi-guna, yang direka untuk kegunaan awam oleh polis atau bomba serta boleh ditujuan semula untuk operasi ketenteraan, menurut Su.

Output tahunan industri tersebut, termasuk jualan komponen-komponen dan unit lengkap dron, mencatatkan lebih dua kali ganda daripada $5 bilion NTD ($158 juta) pada 2024 kepada 12.9 bilion NTD ($410 juta) pada 2025, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan pada hujung bulan April.

Ia diunjurkan bakal mencecah 20 billion NTD ($636 juta) pada 2026.

Strategi 'medan ngeri'

Dengan bantuan inisiatif kerajaan yang sudah dilaksanakan, sektor tersebut berharap untuk menembusi pasaran tempatan Taiwan, di mana kebanyakan permintaan masih tidak dapat dipenuhi, kata Su daripada Thunder Tiger.

Kerajaan Taiwan sedang menerima konsep yang telah dinaiktaraf mengenai pertahanan "medan ngeri" selepas iktibar baru-baru ini daripada perang AS-Israel dengan Iran, Su menyatakan teorinya.

Sejak berminggu-minggu, Iran telah menghantar dron murah Shahed untuk memusnah habis jet-jet pejuang mahal AS atau merosakkan infrastruktur, termasuk loji-loji kuasa dan medan-medan minyak di negara-negara berjiran, beliau menambah.

Konsep operasi medan ngeri di seluruh Selat Taiwan "mengambil peluang kepadatan, tembakan pelbagai arah yang dihasilkan oleh dron dan sistem lain tanpa kru untuk melumpuhkan armada penceroboh China dan mengganggu pendaratan amfibia ... PLA [Tentera Pembebasan Rakyat] " di pinggir perairan, tulis Pusat Keselamatan Amerika Baharu dalam satu laporan Februari.

Menerimanya memerlukan Taiwan untuk menghasilkan dron tempur pada jumlah yang lebih besar dari sekarang, kata Su.

Sebagai contoh, dengan barisan-barisan pemasangan yang inovatif, Thunder Tiger boleh menghasilkan beratus-ratus dron udara dan berpuluh-puluh dron di bawah laut setiap bulan pada kos yang sedikit berbanding senjata tradisional, tambahnya.

"Peperangan masa hadapan akan berlegar mengenai pelumpuhan. Negara-negara dengan kapasiti maksimum menghasilkan dron akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk tahan lebih lama daripada lawan," kata Su.

Thunder Tiger baru-baru ini melancarkan siri terbarunya dron-dron Papa DELTA, ditunjukkan di atas dron LUCAS milik tentera AS, dan dron di bawah laut SeaShark 800. Ia berharap untuk menembusi pasaran di Taiwan dan negara-negara lain di sepanjang "rantaian pulau pertama" yang strategik. Rantaian tersebut termasuklah Jepun dan Filipina.

Pemerolehan dron

Syarikat itu, pada April, memenangi dua kontrak pemerolehan dron daripada tentera Taiwan. Ia merancang untuk memperoleh hampir 50,000 unit menjelang 2027 merangkumi lima jenis dron, dengan dron Kumpulan 1 pandangan orang pertama (FPV) menjadi kumpulan terbesar dalam pembelian itu.

Dron Overkill FPV milik Thunder Tiger telah diperiksa untuk kerajaan AS dan kegunaan ketenteraan selepas menerima pensijilan Blue UAS daripada Jabatan Pertahanan pada tahun lepas.

Su menjangkakan permintaan domestik yang lebih kukuh untuk senjata asimetri, terutamanya dron pertempuran, selepas Taiwan memuktamadkan cadangan belanjawan ketenteraan khas sebanyak 1.25 trilion NTD ($40 bilion) dalam masa lapan tahun akan datang. Setakat ini pembangkang Taiwan, yang mengawal parlimen, telah menghalang usulan undang-undang itu.

Belanjawan yang dicadangkan itu akan menggabungkan perolehan asing dengan pemerolehan tempatan, termasuk kira-kira 200,000 kenderaan udara tanpa pemandu.

Industri dron Taiwan, walau bagaimanapun, berhadapan cabaran utama dalam meningkatkan pengeluaran. Ini termasuk kekangan kapasiti pengeluaran dan kebergantungan kepada teknologi asing atau bahan mentah China, memandangkan dominasi China dalam rantaian bekalan global dron, menurut Nikkei Asia.

Momentum eksport

Peluang Taiwan dalam membina rantaian bekalan dron "bukan merah" yang bebas daripada komponen-komponen China dan kawalan mereka akan dibentuk ketika rakan sekutu demokratik dengan kebimbangan keselamatan siber menghentikan pesanan untuk dron buatan China, kata Su.

Eksport dron Taiwan akan terus memperoleh momentum ketika negara-negara lain tergesa-gesa untuk menambah lagi stok atau membangunkan gudang senjata dron mereka, tambah beliau.

Eksport unit lengkap dron pulau itu telah meningkat 21 kali ganda kepada $2.95 bilion NTD ($93.8 juta) pada tahun lepas, statistik rasmi menunjukkan.

Terima kasih atas permintaan dari Eropah Tengah dan Timur, eksport dron Taiwan terus meningkat kepada hampir $116 juta pada suku pertama 2026, melebihi jumlah yang dicatatkan pada sepanjang tahun lepas, data tersebut menunjukkan.

Czechia dan Poland merupakan dua pembeli terbesar, masing-masing menyumbang $100 juta dan $11.8 juta dalam jualan pada suku tahun pertama. Kedua-duanya dianggap sebagai pintu masuk kepada penghantaran seterusnya ke Ukraine.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link