Keselamatan

Filipina tegaskan tuntutan ke atas Laut China Selatan menerusi buku komik semasa ketegangan dengan Beijing

'Komik ini mengukuhkan matlamat kami untuk menentang sebarang percubaan mengaburi suatu kebenaran yang nyata -- bahawa kami memiliki Laut Barat Filipina," jelas pegawai tinggi kerajaan Filipina.

Kakitangan Pengawal Pantai Filipina menyusun model contoh komik tentang pertikaian di Laut China Selatan di antara China dan Filipina semasa pelancaran komik tersebut di Perpustakaan Negara di Manila pada 24 Januari. [Ted Aljibe/AFP]
Kakitangan Pengawal Pantai Filipina menyusun model contoh komik tentang pertikaian di Laut China Selatan di antara China dan Filipina semasa pelancaran komik tersebut di Perpustakaan Negara di Manila pada 24 Januari. [Ted Aljibe/AFP]

Oleh AFP |

Kerajaan Filipina telah melancarkan buku komik yang menegaskan tuntutannya ke atas Laut China Selatan yang dipertikaikan semasa ketegangan yang semakin meruncing dengan Beijing tentang laluan air yang strategik itu.

"Kisah Cikgu Jun" bertujuan untuk membidas tuntutan China yang tidak benar dan memberikan maklumat tepat kepada rakyat Filipina berkenaan hak kedaulatan negara mereka, kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan Eduardo Ano.

China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan walaupun tribunal antarabangsa memutuskan bahawa tuntutan tersebut tidak berasas, dan pengawal pantai mereka seringkali bergeseran dengan pengawal pantai Filipina, yang mencetuskan kebimbangan konflik bersenjata.

Pencerobohan China

"Buku komik ini mengukuhkan matlamat kami untuk menentang sebarang percubaan mengaburi suatu kebenaran yang nyata - bahawa kami memiliki Laut Barat Filipina," kata Ano semasa pelancaran buku itu di Manila pada 24 Januari, merujuk kepada perairan tersebut yang berdekatan dengan kawasan barat Filipina.

Manila berharap untuk mengedarkan buku itu -- yang terdapat dalam versi bahasa Inggeris dan Filipina -- ke seluruh negara "untuk memperteguh kebangkitan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Filipina terutamanya ketika berhadapan dengan pencerobohan China," jelas jurucakap Pengawal Laut Filipina, Jay Tarriela, di majlis tersebut.

Buku itu menceritakan kesukaran bapa seorang pelajar yang merupakan nelayan, untuk ke laut kerana kehadiran pengawal pantai China, kata Tarriela

Pelajar menghadiri kelas yang disampaikan oleh "Cikgu Jun" - watak yang tampak serupa dengan Presiden Ferdinand Marcos - tentang undang-undang antarabangsa menggunakan analogi pagar rumah dan halaman belakang rumah.

Penderma persendirian membiayai penerbitan tersebut, jelas Tarriela.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *