Sains & Teknologi

Malaysia menuutup pintu belakang yang membolehkan penyeludupan cip AI ke China

Penyeludupan cip AI ke China adalah antara 10,000 hingga beberapa ratus ribu cip pada 2024, dengan anggaran median 140,000 GPU NVIDIA yang diseludup, kata satu laporan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia pada 14 Julai mengumumkan syarat-syarat baharu untuk pengeksportan cip-cip AI yang canggih. [Wladimir Bulgar/Perpustakaan Foto Sains melalui AFP]
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia pada 14 Julai mengumumkan syarat-syarat baharu untuk pengeksportan cip-cip AI yang canggih. [Wladimir Bulgar/Perpustakaan Foto Sains melalui AFP]

Oleh Wu Qiaoxi |

Malaysia secara tiba - tiba telah mengetatkan kawalan eksport ke atas cip-cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi asal AS dalam usaha untuk menutup saluran penyeludupan ke China yang semakin bertambah.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia pada 14 Julai mengumumkan satu syarat baharu yang mewajibkan permit-permit perdagangan strategik untuk pengeksportan cip-cip AI yang canggih.

Syarikat-syarikat dan individu-individu kini perlu membuat pemberitahuan awal 30 hari kepada kerajaan dan mengisytiharkan sebarang syak berkenaan penyalahgunaan, secara berkesannya menutup kelemahan kawal selia yang mungkin telah membenarkan beribu-ribu pemproses buatan AS sampai ke China.

"Malaysia berpendirian teguh terhadap sebarang percubaan untuk memintas kawalan eksport atau penglibatan dalam aktiviti-aktiviti perdagangan haram oleh mana-mana individu atau syarikat, yang akan menghadapi tindakan undang-undang yang ketat jika didapati melanggar STA [Akta Perdagangan Strategik] 2010 atau undang-undang yang berkaitan," amaran kementerian dalam kenyataannya.

Pameran Logo NVIDIA dan cip-cip AI boleh dilihat di Hangzhou, China, 10 April. Cip-cip AS seperti ini telah diseludup ke China melalui Asia Tenggara. [Long Wei/CFOTO melalui AFP]
Pameran Logo NVIDIA dan cip-cip AI boleh dilihat di Hangzhou, China, 10 April. Cip-cip AS seperti ini telah diseludup ke China melalui Asia Tenggara. [Long Wei/CFOTO melalui AFP]

Langkah itu dibuat di tengah-tengah usaha Washington untuk membendung hasrat AI Beijing.

Pentadbiran Trump pada 4 Julai mencadangkan satu peraturan baharu untuk menyekat penghantaran cip-cip yang canggih ke Malaysia dan Thailand, dengan mengesyaki kedua-duanya dieksploitasi sebagai saluran penyeludupan ke China.

Penyeludupan berskala besar

Penyeludupan cip-cip AI ke China berleluasa, terutamanya melalui negara-negara di Asia Tenggara, menurut pakar-pakar.

Pada Januari 2025, pihak berkuasa Singapura menahan tiga individu kerana salah nyatakan Malaysia sebagai destinasi terakhir bagi penghantaran pelayan-pelayan AI bernilai $390 juta yang mengandungi cip-cip NVIDIA, menurut satu laporan yang diterbitkan oleh Pusat Untuk Keselamatan Amerika Baru (CNAS) pada Jun.

Dalam satu kes penyeludupan yang melibatkan Malaysia, seorang broker Malaysia membantu sebuah syarikat China yang berniat membeli cip dengan menubuhkan sebuah syarikat samaran di Malaysia, termasuk penyediaan laman web perniagaan Malaysia dan alamat e-mel, tulis laporan tersebut.

Broker itu juga menyewa ruang di sebuah pusat data di Malaysia untuk menempatkan sementara cip-cip tersebut dan menipu penguatkuasa sebelum menghantarnya ke China selepas beberapa minggu.

Penyeludupan cip AI ke China adalah antara 10,000 hingga beberapa ratus ribu cip pada 2024, dengan anggaran median 140,000 unit pemprosesan grafik (GPU) NVIDIA yang diseludup, kata laporan itu.

Seorang penyeludup dilaporkan menghantar 2,400 NVIDIA H100, bernilai $120 juta, kepada seorang pelanggan China yang menggunakan syarikat samaran dan label palsu.

Penyeludup-penyeludup, yang biasanya berpangkalan di Asia Tenggara, menggunakan syarikat samaran dan operasi samaran untuk memindahkan cip-cip merentasi sempadan, menurut laporan itu. Mereka juga menggunakan taktik seperti pelabelan semula cip-cip sebagai mainan atau teh dan memanfaatkan penghantaran menerusi pelbagai laluan.

"Pelaku-pelaku jahat menggunakan kaedah-kaedah ini untuk menyeludup cip-cip dalam pelbagai kuantiti, daripada pesanan kecil hingga penghantaran besar-besaran yang bernilai ratusan juta dolar," menurut laporan CNAS.

"Adalah diterima di kalangan pembeli dan penjual cip-cip AI di Republik Rakyat China (PRC) [China] bahawa penyeludupan cip-cip AI Amerika Syarikat secara besar-besaran sedang berlaku," tambahnya.

Penguatkuasaan diperlukan

Malaysia, dengan industri pusat data yang berkembang pesat dan berdekatan dengan laluan perkapalan utama, telah menjadi perantara yang mudah.

Satu laporan Cushman & Wakefield pada bulan Jun mengunjurkan Malaysia mempunyai penyatuan kapasiti pusat data terpantas di Asia-Pasifik hingga 2030, mendahului Thailand dan Jepun.

Menteri perdagangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz, berkata pada 15 Julai bahawa pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti penyeludupan cip-cip AI secara besar-besaran.

Beliau menegaskan bahawa "penyiasatan sedang diteruskan" dan berjanji bahawa kerajaan "pasti akan mengambil tindakan" sekiranya sebarang salah laku terbongkar, menurut Malay Mail.

Walau bagaimanapun, rangkaian penyeludupan cepat menyesuaikan diri, menubuhkan syarikat-syarikat samaran dan menyembunyikan penghantaran-penghantaran haram secara mudah, manakala agensi-agensi penguatkuasaan sering bergelut untuk mengejar rentak.

Laporan CNAS tersebut memberi amaran bahawa melainkan penguatkuasaan dipertingkatkan, cip-cip akan terus diseludup secara haram.

"Cabaran penyeludupan cip-cip AI tidak mungkin akan hilang dengan sendirinya: seiring dengan keupayaan cip-cip AI rekaan AS berkembang, begitu juga permintaan pasaran gelap mereka."

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *