Oleh Wu Qiaoxi dan AFP |
China telah mengumumkan kawalan-kawalan eksport baharu terhadapnadir bumi, meluaskan keperluan pelesenan terhadap teknologi-teknologi berkaitan dan syarikat-syarikat di luar China untuk "menjaga keselamatan dan kepentingan negara."
Langkah itu, yang diperkenalkan pada 9 Oktober, melarang pengeksportan teknologi berkaitan perlombongan nadir bumi, pemprosesan dan pembuatan magnet tanpa kebenaran. Ia juga terpakai ke atas teknologi-teknologi yang digunakan dalam "pemasangan, pelarasan, penyelenggaraan, pembaikan dan peningkatan barisan pengeluaran," kata Kementerian Perdagangan. Kawalan-kawalan tersebut berkuat kuasa dengan serta-merta dan merupakan lanjutan daripadakeperluan pelesenan untuk magnet nadir bumi yang diperkenalkan pada bulan April.
Percubaan untuk mengawal teknologi
China ialah pengeluar utama dunia bagi mineral-mineral kritikal yang digunakan untuk membuat magnet-magnet penting bagi industri-industri automotif, elektronik dan pertahanan. Sejak bulan April, untuk bahan nadir bumi tertentu, Beijing telah mewajibkan lesen-lesen eksport, yang mengganggu rantaian-rantaian bekalan dalam pembuatan global.
Langkah terbaharu itu mewakili "peningkatan besar" rejim kawalan eksport nadir bumi Beijing, yang meluaskan jangkauannya daripada bahan-bahan mentah kepada teknologi dan harta intelek.
![Pelawat-pelawat mengunjungi reruai logam tidak larut dan magnet kekal nadir bumi di Ekspo Industri Bahan-Bahan Termaju China 2024 ke-9 di Qingdao, China, pada 12 Oktober lalu. [Costfoto/NurPhoto melalui AFP]](/gc9/images/2025/10/09/52393-afp__20241013__cfoto-9thchina241013_npg4t__v1__highres__9thchinaadvancedmaterialsind-370_237.webp)
![Infografik yang menunjukkan taburan global unsur-unsur nadir bumi, yang penting untuk teknologi seperti magnet dan elektronik. China memegang 37.9% daripada rizab global, diikuti oleh Vietnam dan Brazil. Data daripada Survei Geologi AS, tahun 2020. [Visual Capitalist/Science Photo Library melalui AFP]](/gc9/images/2025/10/09/52395-graphic-370_237.webp)
"Sekatan-sekatan ini akan ... memperdalam pergantungan asing terhadap kepakaran China," lapor South China Morning Post memetik Wang Dan, pengarah perundingan risiko China di Eurasia Group.
Selain itu, Kementerian Perdagangan berkata entiti-entiti asing yang mengeksport bahan nadir bumi yang dihasilkan di China kini diwajibkan memohon permit eksport item dwiguna, yang berkuat kuasa dengan serta-merta. Produk-produk nadir bumi yang dihasilkan di luar negara tetapi menggabungkan unsur-unsur atau teknologi-teknologi yang berasal dari China akan dikenakan sekatan, yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember.
Pada 9 Oktober, jurucakap Kementerian Perdagangan menjawab soalan seorang wartawan dengan berkata, "Sejak tempoh yang agak lama, sesetengah organisasi dan individu luar negara telah secara langsung atau tidak langsung memindahkan bahan-bahan nadir bumi terkawal yang berasal dari China ... untuk kegunaan dalam bidang-bidang sensitif, seperti ketenteraan. Tindakan-tindakan ini telah menyebabkan kemudaratan yang ketara atau menimbulkan potensi ancaman kepada keselamatan dan kepentingan negara China ..."
Pengawalan rasmi akan lebih membebankan
Pengeksport-pengeksport mesti mendapatkan kebenaran untuk teknologi-teknologi yang digunakan dalam perlombongan dan peleburan nadir bumi, antara langkah-langkah pemprosesan yang lain, kata kementerian itu.
Pegawai-pegawai akan menyemak permohonan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan atau pengeluaran jenis semikonduktor dan teknologi kecerdasan buatan tertentu yang berkemungkinan digunakan dalam ketenteraan berdasarkan kes demi kes.
Mereka sepatutnya menolak semua permohonan eksport kepada pengguna-pengguna ketenteraan luar negara.
Ia masih tidak jelas bagaimana Beijing berhasrat untuk menguatkuasakan kawalan ke atas syarikat-syarikat yang beroperasi di luar China.
Pengumuman baharu itu mungkin melumpuhkan inisiatif-inisiatif oleh negara-negara yang ingin meningkatkan pengeluaran mereka sendiri atau yang menjalinkan kerjasama untuk mengurangkan pergantungan kepada rantaian-rantaian bekalan China.
China mengumumkan langkah itu ketika ia menyambung semula urusan selepas cuti kebangsaan selama seminggu dan hanya beberapa minggu sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Korea Selatan. Pemimpin-pemimpin China dan Amerika Syarikat dijangka akan bertemu di luar sidang kemuncak, di mana nadir bumi berkemungkinan menjadi topik utama perbincangan.
Paten China, kebergantungan asing
Rizab nadir bumi global berjumlah kira-kira 110 juta tan, termasuk 44 juta di China, menurut Kajian Geologi AS pada 2024.
Brazil dianggarkan memiliki 22 juta tan, Vietnam 21 juta, Rusia 10 juta dan India 7 juta.
Beijing telah selama beberapa dekad banyak melabur dalam operasi penapisan, tanpa melaksanakan pengawasan alam sekitar yang ketat seperti yang diperlukan di Barat.
Ia telah memfailkan banyak paten yang berkaitan dengan pengeluaran nadir bumi, yang menghalang saingan asing. Akibatnya, banyak firma masih menghantar bijih mereka ke China untuk ditapis.
Sekatan-sekatan yang dikenakan tahun ini mengganggu industri-industri di seluruh dunia, dengan beberapa syarikat terpaksa menghentiikan pengeluaran apabila bekalan diketatkan.
Selepas sidang kemuncak di Beijing pada Julai, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen berkata para pemimpin telah bersetuju untuk menambah baik mekanisme yang mengawal eksport nadir bumi China ke Kesatuan Eropah. Bagaimanapun, firma-firma Eropah masih menghadapi kesukaran mendapatkan nadir bumi, kata pelobi perniagaan pada September.
Langkah pembukaan strategik Australia
Untuk mengatasi penguasaan China dalam rantaian-rantaian bekalan nadir bumi, Australia telah mengumumkan rancangan untuk menjual kepentingan dalam Rizab Strategik Mineral-MIneral Kritikal baharu sebanyak 1.2 bilion AUD ($791.5 juta) kepada negara-negara bersekutu. Rakan sekutu seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis dijemput untuk melabur bersama untuk akses keutamaan kepada mineral-mineral kritikal yang penting untuk tenaga bersih, elektronik dan pertahanan, menurut Rare Earth Exchanges.
Rizab strategik ini menandakan satu langkah besar dalam menjamin rantaian-rantaian bekalan penting ini.
Ia bertujuan untuk menstabilkan harga, memupuk pertumbuhan huluan dan mengalihkan negara-negara demokrasi daripada usaha yang berpecah-belah ke arah keselamatan sumber yang diselaraskan.
Australia ialah pengeluar litium utama dunia pada 2024 dan mempunyai rizab kobalt dan nikel kedua terbesar. Ia menawarkan rakan-rakan sekutu alternatif yang berdaya maju kepada kawalan China terhadap 85% pemprosesan nadir bumi.
Komitmen kepada pembiayaan bersama dan permintaan yang terjamin boleh mengehadkan pendedahan mereka kepada risiko-risiko geopolitik dan pembekalan.
![Mesin-mesin pengorek di lombong nadir bumi di Yunnan, China, pada 18 Mac 2008. China menguasai pemprosesan nadir bumi and pengeluaran magnet. [dycj/imaginechina melalui AFP]](/gc9/images/2025/10/09/52396-afp__20131206__20130516_06358__v1__highres__chinastilldominatesrareearthprocessing__1_-370_237.webp)