Oleh Focus |
Filipina menganjurkan 12 hari latihan ketenteraan laut pelbagai hala Sama Sama dari 6 hingga 17 Oktober, yang menghimpunkan angkatan-angkatan tentera dari Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan Perancis di perairan luar pesisir Palawan Barat, antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.
Berasal daripada perkataan Tagalog yang bermaksud "bersama," Sama Sama menekankan kerjasama dan kesediaan pertahanan bersama di kalangan negara-negara yang berfikiran sama dalam menghadapi persekitaran maritim yang semakin tegang.
Latihan tahun ini, yang diadakan di bawah Komando Tentera Laut Barat (WNC) yang baru ditubuhkan oleh tentera laut Filipina, bertujuan untuk meningkatkan penyelarasan dan kebolehkendalian dalam Zon Ekonomi Eksklusif barat negara itu. Latihan-latihan ketenteraan tersebut diadakan di tengah-tengah peningkatan tindakan tegas China di perairan berdekatan yang dipertikaikan.
Pembinaan keupayaan bersama
Sepanjang latihan-latihan ketenteraan, tentera-tentera laut yang mengambil bahagian menjalankan latihan tembakan langsung meriam, latihan-latihan antikapal selam dan antipesawat; simulasi-simulasi peperangan siber dan pertempuran taktikal antara Kumpulan Tindakan Permukaan (Surface Action Group vs. Surface Action Group) yang menguji kemahiran manuver dan koordinasi pertempuran kumpulan-kumpulan tersebut.
![Sebuah pesawat rondaan maritim terbang di atas kawasan latihan ketenteraan Sama Sama 2025 di luar pesisir barat Palawan, menekankan penyelarasan udara-laut bersekutu semasa latihan ketenteraan dari 6 hingga 17 Oktober itu. [Komando Tentera Laut Barat Filipina]](/gc9/images/2025/10/23/52520-561488346_1248731773960342_2425120887177589331_n-370_237.webp)
![Satu formasi pergerakan kapal-kapal perang Filipina dan sekutu-sekutunya diatur secara serentak semasa latihan maritim Sama Sama 2025, yang menonjolkan kebolehkendalian bersama tentera-tentera laut di rantau tersebut. [Komando Tentera Laut Barat Filipina]](/gc9/images/2025/10/23/52521-565244534_1248731937293659_1117871116527058664_n-370_237.webp)
Latihan-latihan ketenteraan tersebut merangkumi pendekatan pengisian semula di laut dan pertahanan udara serta latihan antikapal selam gabungan, yang "semuanya bertujuan untuk memperkukuh penyelarasan dan meningkatkan kesiapsiagaan dalam senario pertahanan maritim bersama," lapor Agensi Berita Filipina.
Sama Sama 2025 telah menugaskan salah satu flotila gabungan terbesar dalam latihan maritim Filipina tahun ini di bawah Pasukan Petugas Tentera Laut Kumpulan 44.1, lapor USNI News.
Kapal-kapal perang yang mengambil bahagian termasuk USS Cincinnati (LCS-20), HMCS Max Bernays (AOPV-432) Kanada, BRP Antonio Luna (FF 151), BRP Ramon Alcaraz (PS 16), BRP Valentin Diaz (PS 177), BRP Lolinato To-Ong (PG 902) dan JS Ōnami (DD 111) Jepun.
Pesawat tentera laut yang menyertai latihan tersebut adalah seperti pesawat BN-2 Islander Filipina, pesawat P-8A Poseidon Tentera Laut AS dan jet pengawasan maritim Falcon 50M Perancis.
Pemerhati-pemerhati termasuk Australia, United Kingdom, Thailand, Itali dan New Zealand.
"Latihan ini membantu meluaskan pengalaman tentera-tentera dan menguji senjata-senjata, peralatan dan sistem operasi baharu," kata Komodor Francisco C. Cacho, pengarah latihan ketenteraan Sama Sama 2025, seperti yang disebut oleh Palawan News. "Ia juga memberi peluang untuk mengenal pasti bidang yang perlu diperbaiki -- daripada perancangan hingga pelaksanaan."
Tentera laut Filipina "terus menunjukkan komitmen teguhnya terhadap kerjasama serantau dan kesiapsiagaan maritim bersama," kata Leftenan Juliet Saldasal, pemangku jurucakap WNC, menurut Daily Tribune.
Angkatan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) menyertai latihan tahun ini untuk meningkatkan kerjasama dan kecekapan taktikal dengan negara-negara rakan sekutu.
JMSDF telah mengambil bahagian untuk membantu merealisasikan "Indo-Pasifik yang Bebas dan Terbuka," mengukuhkan hubungan operasi dan meningkatkan keupayaan taktikalnya melalui peperangan anti-permukaan dan latihan-latihan manuver taktikal, kata Kementerian Pertahanan Jepun.
Tindakan balas China
Ketika Sama Sama hampir berakhir, Pentadbiran Keselamatan Maritim China mengumumkan suatu "latihan ketenteraan" pada 17 Oktober berhampiran dengan Scarborough Shoal, satu tapak konfrontasi yang kerap berlaku antara kapal-kapal China dan Filipina.
Shoal (beting) Itu digelar Bajo de Masinloc di Filipina.
Notis itu menyekat navigasi di kawasan barat daya beting tersebut selama beberapa jam, menurut South China Morning Post.
Langkah China itu adalah susulan kepada beberapa siri insiden di pertengahan latihan ketenteraan. Pada 15 Oktober, sebuah pesawat peninjau Filipina melaporkan "gangguan agresif" oleh sebuah helikopter Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat dan sebuah jet pejuang J-16 semasa rondaan rutin di Scarborough Shoal.
Jurucakap Pengawal Pantai Filipina (PCG) Komodor Jay Tarriela berkata tindakan-tindakan itu menimbulkan "risiko yang jelas dan tidak boleh diterima terhadap keselamatan pegawai-pegawai PCG dan pemberita-pemberita yang terlibat dalam misi tersebut."
Sebelum itu, pada 12 Oktober, kapal-kapal pengawal pantai dan militia China dilaporkan menggunakan meriam air ke atas kapal-kapal Biro Perikanan Filipina berdekatan dengan kepulauan Spratly, satu lagi tapak hangat dalam pertikaian Laut China Selatan.
Mesej yang strategik
Waktu latihan ketenteraan China menekankan niatnya untuk menegaskan kehadirannya berhampiran operasi yang diketuai Filipina, kata penganalisis-penganalisis, tetapi pemerhati-pemerhati serantau melihat Sama Sama sebagai simbol solidariti yang kuat.
Sejak permulaannya pada tahun 2017, Sama-Sama telah berkembang daripada latihan keselamatan maritim asas kepada latihan pelbagai domain kompleks yang menggabungkan elemen-elemen pertempuran, kemanusiaan dan tindak balas bencana.
Dengan mengintegrasikan komponen-komponen udara, laut dan siber, latihan ulangan bagi tahun 2025 telah memperkukuh kapasiti Filipina untuk beroperasi bersama sekutu-sekutunya dan mengunjurkan pencegahan di tengah-tengah ketegangan berterusan di Laut China Selatan.
![Kapal-kapal tentera laut dari Filipina dan sekutu-sekutunya telah mengambil bahagian dalam Latihan Ketenteraan Sama Sama 2025 di luar pesisir barat Palawan dari 6 hingga 17 Oktober, mempamerkan kesiapsiagaan pertahanan bersama dan peningkatan saling kebolehoperasian. [Komando Tentera Laut Barat Filipina]](/gc9/images/2025/10/23/52519-564657226_1248731670627019_8624608066831471990_n-370_237.webp)
jsjs
Ksnsjds