Ekonomi

Sekutu Barat kembangkan koridor Luzon Filipina bagi perkukuh rantaian bekalan Indo-Pasifik

Sebelas buah negara bekerjasama untuk memperkukuh pelabuhan Filipina, pengeluaran tenaga bersih, infrastruktur digital dan pembuatan maju serta bagi mengukuhkan rantaian bekalan serantau.

Sebuah kapal kargo memunggah kontena di pelabuhan antarabangsa Manila pada 16 Disember lalu. Koridor Ekonomi Luzon (LEC) menghubungkan Metro Manila dengan Subic Bay, Clark dan Batangas untuk mengukuhkan pengangkutan, logistik dan rantaian bekalan di Filipina. [Ted Aljibe/AFP]
Sebuah kapal kargo memunggah kontena di pelabuhan antarabangsa Manila pada 16 Disember lalu. Koridor Ekonomi Luzon (LEC) menghubungkan Metro Manila dengan Subic Bay, Clark dan Batangas untuk mengukuhkan pengangkutan, logistik dan rantaian bekalan di Filipina. [Ted Aljibe/AFP]

Oleh Shirin Bhandari |

Sekutu-sekutu telah memperluas Koridor Ekonomi Luzon (LEC) Filipina kepada usaha infrastruktur Indo-Pasifik yang lebih luas, menambah rakan baharu dan pembiayaan untuk mengukuhkan rantaian bekalan serantau, rangkaian pengangkutan dan pembuatan maju.

Filipina, Amerika Syarikat dan Jepun telah mengumumkan pada 11 Mei bahawa lapan buah negara tambahan telah menyertai inisiatif tersebut: Australia, United Kingdom, Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Korea Selatan dan Sweden.

DIlancarkan pada April 2024 di bawah Perkongsian untuk Infrastruktur Global dan Pelaburan G7, LEC merentasi zon ekonomi paling produktif bagi Pulau Luzon, merangkumi kira-kira separuh daripada GDP Filipina. Ia menghubungkan Subic Bay, Clark, Manila and Batangas melalui pelaburan dalam pengangkutan, tenaga, infrastruktur digital dan pembuatan maju.

Setiausaha Kewangan Frederick Go berkata perkongsian yang diperluas itu akan membawa pembiayaan tambahan, kepakaran teknikal dan pelaburan sektor swasta ke koridor berkenaan.

Grafik tersebut menunjukkan empat hab berlabuh dan keutamaan pembangunan LEC. Koridor itu merupakan kira-kira separuh daripada GDP Filipina, bertujuan untuk memperkukuh keselamatan rantaian bekalan Indo-Pasifik. [Focus]
Grafik tersebut menunjukkan empat hab berlabuh dan keutamaan pembangunan LEC. Koridor itu merupakan kira-kira separuh daripada GDP Filipina, bertujuan untuk memperkukuh keselamatan rantaian bekalan Indo-Pasifik. [Focus]

"Bersama-sama, kami sedang membina infrastruktur yang akan meningkatkan kehidupan harian berjuta-juta rakyat Filipina dan mewujudkan peluang baharu untuk perniagaan, industri, serta komuniti dalam negara rakan kami dan juga di seluruh rantau," kata Go pada majlis sambutan sempena perluasan koridor itu.

Pembiayaan baharu

Gabungan yang diperluas itu secara kolektifnya menjanjikan berbilion-bilion dolar dalam pembiayaan, geran dan bantuan teknikal untuk infrastruktur, pengangkutan, keselamatan siber dan projek pembuatan di seluruh koridor itu.

United Kingdom berjanji untuk menyediakan sokongan kewangan eksport sehingga $6.8 bilion dalam projek-projek tenaga dan infrastruktur, manakala Denmark menyokong pembinaan kapal dan projek-projek pembangunan maritim hijau yang dijangka untuk mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan. Perancis komited untuk pembiayaan bagi pembinaan jambatan dan projek pelaburan aeronautik.

Korea Selatan menyokong pemodenan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila dan membiayai sebuah Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan. Sweden sedang membiayai kajian kebolehlaksanaan untuk landasan kereta api pengangkut Subic-Clark-Manila-Batangas, yang merupakan projek pengangkutan kemegahan koridor itu.

Australia, Kanada and Itali menyumbang melalui geran, bantuan teknikal dan kemudahan pelaburan merentasi pengangkutan, pembuatan dan projek-projek infrastruktur digital.

Go berkata inisiatif tersebut boleh membantu menyokong pertumbuhan ketika Filipina berhadapan tekanan ekonomi luaran, termasuk kesan berpanjangan daripada krisis minyak Timur Tengah. GDP Filipina meningkat sebanyak 2.8% dari tahun ke tahun dalam suku pertama pada tahun 2026, kadar yang paling perlahan dalam lima tahun.

Kepentingan strategik

Koridor itu telah mengambil kepentingan strategik yang lebih luas ketika kerajaan Indo-Pasifik mengejar infrastruktur dan rantaian bekalan, yang lebih lasak terutamanya dalam sektor amat penting bagi keselamatan ekonomi.

Ini adalah satu-satunya inisiatif koridor ekonomi G7 di Asia Tenggara dengan penglibatan langsung A.S., menurut satu analisis yang diterbitkan oleh Center for Strategic and International Studies pada Januari 2025.

Menulis dalam East Asia Forum pada Julai 2024, penyelidik Alvin Camba dan Ryan Seay berkata bahawa banyak kerajaan negara Asia Tenggara telah mengalihkan kepada pembiayaan China kerana projek-projek yang disokong oleh Barat kekurangan dari segi kelajuan, skala dan impak ekonomi langsung yang diperlukan untuk mewujudkan pekerjaan dan pertumbuhan ketara.

Menurut mereka, koridor yang berjaya akan memberikan kerajaan serantau "satu peluang yang berharga untuk beroleh faedah-faedah ekonomi" tanpa menjejaskan kebimbangan utama seperti bantahan mereka terhadap tuntutan wilayah China di Laut China Selatan.

Disokong oleh gabungan rakan Barat dan Indo-Pasifik, koridor tersebut bertujuan untuk mengukuhkan pelabuhan, pengeluaran tenaga bersih, infrastruktur digital dan pembuatan maju manakala mempercepat daya tahan rantaian bekalan dalam sektor kritikal seperti semikonduktor.

Hab semikonduktor

Rantau Calabarzon di Luzon menjadi hos bagi hab semikonduktor dan pembuatan elektronik Filipina, yang merupakan sebahagian besar eksport negara itu. Gangguan rantaian bekalan semasa pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine mendorong banyak kerajaan untuk mengkaji semula kelemahan yang berkait dengan rangkaian pengeluaran yang padat.

Perancang-perancang koridor berkata inisiatif tersebut boleh membantu meletakkan Filipina sebagai nod logistik dan pembuatan yang lebih besar dalam rantaian bekalan Indo-Pasifik sambil menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor dan pembuatan maju.

Duta Jepun ke Filipina Endo Kazuya berkata perkongsian yang diperluas itu mencerminkan satu komitmen bersama terhadap pembangunan infrastruktur berdasarkan "ketelusan, kemampanan dan peraturan undang-undang."

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link