Oleh Angelo Jo Tugado |
Dengan pilihan raya separuh penggal Filipina semakin hampir, penganalisis memberi amaran tentang usaha China yang berpotensi untuk mempengaruhi landskap politik negara tersebut melalui kempen media sosial dan sokongan kewangan.
Pilihan raya umum tahun 2025 Filipina telah ditetapkan pada 12 Mei.
Beijing mungkin cuba mengembangkan pengaruhnya dengan menyokong calon-calon yang dilihat memihak kepada kepentingannya dan mempromosikan naratif pro-China di media sosial, kata pemerhati-pemerhati.
Bekas Hakim Mahkamah Agung Antonio Carpio semasa perbincangan pada 17 Februari yang disambutkan oleh Institut Stratbase, sebuah kumpulan penyelidikan Filipina, memberi amaran tentang kempen salah maklumat, dengan mengambil akaun-akaun hasut maya Facebook pada masa dulu yang dikaitkan dengan China sebagai contoh, menurut Advocates Philippines.
![Foto yang diambil pada 13 Februari ini menunjukkan seorang kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina mendemonstrasikan kepada sukarelawan cara pengesahan undi semasa suatu sesi latihan. Menjelang pilihan raya separuh penggal negara, usaha China untuk mempengaruhi landskap politik negara tersebut telah menimbulkan kebimbangan. [Richard James Mendoza/NurPhoto melalui AFP]](/gc9/images/2025/03/20/49574-afp__20250213__mendoza-philippi250213_npmyk__v1__highres__philippineselectionballotv-370_237.webp)
“Mereka melancarkan kempen media sosial untuk mempertahankan ahli-ahli politik tertentu, di samping cuba membuat orang Filipina meragui tuntutan kami ke atas Laut Filipina Barat,” kata beliau, dengan menggunakan nama Filipina untuk kawasan Laut China Selatan yang dituntut oleh Manila.
China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan walaupun tribunal antarabangsa memutuskan bahawa tuntutan adalah tanpa asas, dan pengawal pantainya telah bertempur berulang kali dengan Filipina, mencetuskan kebimbangan konflik bersenjata.
Penyelidikan daripada AidData mendukong kebimbangan Carpio, menunjukkan bahawa China telah mendapatkan bantuan daripada pempengaruh media sosial Filipina dan penternak hasut maya untuk mempromosikan naratif pro-China.
Kempen-kempen ini sering menggambarkan Beijing sebagai rakan kerjasama sambil merendahkan ketegangan di Laut Filipina Barat, kata kumpulan penyelidik itu dalam suatu kajian pada bulan September lalu, menurut Philstar.
Tindak balas buruk
Meskipun China telah berusaha, data kaji selidik berterusan menunjukkan kebanyakan orang Filipina lebih menyukai pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan hak kedaulatan negara di Laut Filipina Barat.
Suatu kaji selidik oleh Stesen Cuaca Sosial pada 7 Mac mendedahkan bahawa 78% orang Filipina memihak kepada calon-calon yang mengambil pendirian tegas menentang tindakan China di kawasan itu.
Sentimen ini amat kuat terutamanya di Metro Manila, di mana 87% responden menyokong calon-calon sedemikian.
Oleh sebab calon-calon yang dikaitkan dengan pandangan pro-China menghadapi tentangan yang ketara daripada pengundi, sesetengah tokoh politik cuba menjenamakan semula diri mereka.
Sesetengah pihak berikat bekas presiden Rodrigo Duterte -- yang berdepan kritikan terhadap pendirian yang pro-China -- telah menyesuaikan pemesejan mereka untuk menekankan pertahanan kedaulatan Filipina, kata Carpio.
"Mereka kini memakai baju yang bertulis, 'Laut Filipina Barat,' seolah-olah mereka telah senantiasa mempertahankannya," kata Carpio.
"Kami pernah melihat keadaan ini," tambah Carpio. "Pemimpin-pemimpin tertentu, selepas dipilih, tiba-tiba mula membeo naratif China."
Kandungan YouTube pro-China kerap mendapat kurang daripada 20,000 tontonan, dan percubaan lebih awal, seperti video muzik "Iisang Dagat (Satu Laut)" daripada kedutaan Cina pada tahun 2020, mencetuskan tindak balas buruk orang ramai, lapor AidData.
'Penurut-penurut China'
Ketidakpercayaan yang meluas terhadap China telah mempengaruhi politik Filipina.
Pada 15 Februari, Presiden Ferdinand Marcos Jr. di suatu acara kempen menekankan bahawa tiada seorang calon dalam gabungan pentadbirannya menyokong dasar yang berkisar pada China.
"Tiada seorang pun daripada [calon-calon kami] adalah penurut China yang bersorak ketika Pengawal Pantai kita sedang disembur air oleh kapal-kapal besar China," kata beliau.
Bekas pentadbiran Duterte lah yang terlalu gembira untuk Filipina "menjadi wilayah China," kata beliau.
Menjadikan China sebagai titik perbincangan adalah formula kemenangan yang berpotensi, kata Dennis Coronacion, pengerusi jabatan sains politik di Universiti Santo Tomas di Manila, menurut AFP.
“Dahulu, dasar luar dan perbincangan mengenai China tidak pernah menjadi isu dalam pilihan raya, dan jika ia akan menjadi isu... saya rasa beliau boleh mendapat sokongan daripada ramai orang Filipina,” katanya sambil menunjukkan kaji selidik yang menyatakan rakyat mempunyai perasaan yang kuat terhadap China.
"Mereka tidak menyukai apa yang China sedang lakukan terhadap kita."