Keselamatan

Perang pelumpuhan China melemahkan keupayaan pertahanan Taiwan, kata penganalisis

Latihan berterusan China menguji keupayaan Taiwan dan meletihkan pegawai Taiwan yang perlu sentiasa bertindak balas.

Sebuah jet pejuang China J-15 bersedia untuk berlepas dari kapal pengangkut pesawat Shandong sewaktu siri latihan ketenteraan untuk menakut-nakutkan Taiwan pada 1 April, semasa aturan kedudukan pertamanya ke Pasifik barat untuk 2025. [Televisyen Pusat China]
Sebuah jet pejuang China J-15 bersedia untuk berlepas dari kapal pengangkut pesawat Shandong sewaktu siri latihan ketenteraan untuk menakut-nakutkan Taiwan pada 1 April, semasa aturan kedudukan pertamanya ke Pasifik barat untuk 2025. [Televisyen Pusat China]

Oleh Jia Feimao |

Latihan berterusan China berhampiran Taiwan melemahkan keupayaan ketenteraan pulau itu, penganalisis memberi amaran.

Beijing telah meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Taiwan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mengadakan beberapa latihan berskala besar di sekitar pulau itu yang sering digambarkan oleh pemerhati sebagai latihan untuk sekatan dan rampasan wilayah itu.

Terbaru, China pada 1-2 April menjalankan latihan ketenteraan bersama dengan nama kod Strait Thunder-2025A di sekitar Taiwan di bahagian tengah dan selatan Selat Taiwan serta Laut China Timur.

Sebagai sebahagian daripada latihan, Komando Teater Timur daripada Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menghantar 135 pesawat tentera dan 23 kapal perang.

Frigat peluru berpandu Taiwan Tian Dan memantau kapal pengangkut PLA Shandong dan kapal pemusnah Zhanjiang pada 1 April. [Pengawal Pantai Taiwan]
Frigat peluru berpandu Taiwan Tian Dan memantau kapal pengangkut PLA Shandong dan kapal pemusnah Zhanjiang pada 1 April. [Pengawal Pantai Taiwan]
Pengawal Pantai China mewujudkan propaganda bertujuan menyekat Taiwan dalam usaha untuk mempengaruhi pendapat umum di sana. [Pengawal Pantai China/WeChat]
Pengawal Pantai China mewujudkan propaganda bertujuan menyekat Taiwan dalam usaha untuk mempengaruhi pendapat umum di sana. [Pengawal Pantai China/WeChat]

Kapal pengangkut pesawat Shandong China menjalani latihan menguji keupayaan untuk "menyekat" Taiwan, kata Komando Teater Timur.

Pada pertengahan Mac, China melakukan "rondaan kesiapsiagaan tempur bersama" yang serupa dua kali sehari,

Pencerobohan PLA yang kerap dan berintensiti tinggi telah mengganggu latihan berjadual Taiwan dan penyelenggaraan peralatan, sambil merumitkan usaha logistik, Su Tzu-yun, pengarah Bahagian Strategi dan Sumber di Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Negara Taiwan, memberitahu Focus.

Tentera laut gagal mengekalkan lebih separuh daripada kapal perang utamanya mengikut jadual, selalunya terpaksa melanjutkan tempoh membaiki kapal, menurut laporan 2024 daripada Pejabat Audit Negara Taiwan.

Konfrontasi berpanjangan dengan kapal China telah menyebabkan peralatan tentera laut terjejas dan keletihan pegawai, akui pegawai tentera.

PKC [Parti Komunis China] kini mengamalkan 'strategi titisan, titisan'. Kuasa tempur tentera kami semakin terhakis setiap hari," tulis bekas pegawai Kementerian Pertahanan Negara Lu Deyun di Facebook pada 1 April.

Masa sangat tidak menyebelahi Taiwan, katanya

Enggan 'memperbesar' yang tidak perlu

Bagaimanapun, Su daripada Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Negara mencadangkan beberapa strategi balas.

Taiwan tidak seharusnya cuba menandingi aset tentera China dengan cara "memperbesar" dalam setiap situasi, kata Su.

Dalam situasi yang bukan seperti peperangan sebenar, Taiwan harus hanya mengerahkan kapal peronda kecil dan pasukan bersenjata ringan untuk memantau kapal PLA, katanya.

Menggunakan pendekatan itu akan menafikan persepsi bahawa Taiwan perlu memadankan kekuatannya dengan China.

Beliau juga mencadangkan penggunaan dron untuk mengiringi pesawat perang China yang menceroboh ruang udara Taiwan, sekaligus mengurangkan keperluan kerahan juruterbang secara kerap.

"Kuncinya ialah mengamalkan pemikiran 'menggunakan kuda yang lebih lemah untuk bersaing dengan kuda yang lebih kuat' dalam bertindak balas terhadap perang pelumpuhan China," katanya.

Su menyatakan kebimbangan terhadap tindakan pengawal pantai China.

Pengawal pantai dan kapal militia maritim China telah lama menjadi sebahagian dalang pencerobohan ini, membuktikan berlaku penyusupan anggota.

Semasa latihan terbaharu itu, kapal pengawal pantai China menjalankan latihan pemeriksaan dan pemintasan di sekitar Taiwan, menggunakan taktik seumpama sekatan maritim.

Pada 2 April, Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Pengawal Pantai Taiwan, Hsieh Ching-chin mengesahkan pada sidang akhbar bahawa tiga kapal yang disyaki militia China telah dikesan di luar Hualien, Taiwan, menyertai latihan ketenteraan itu.

Latihan pengawal pantai China menyasarkan kapal tangki gas asli dan kapal bekalan tentera yang beroperasi di bawah nama "rondaan penguatkuasaan undang-undang," kata Su.

Walaupun tidak dapat menyekat sepenuhnya Taiwan, tindakan itu "masih boleh memberi kesan yang menakutkan dan menghalang kapal lain daripada memasuki Selat Taiwan," katanya.

'Strategi ular sawa' China

Semasa PLA melakukan taktik sekatan bulatan luar, Pengawal Pantai China memeriksa dan memintas kapal dagang di dalam bulatan tersebut, melaksanakan apa yang disebut Su sebagai "strategi ular sawa -- pengepungan tanpa serangan langsung untuk memutuskan talian bekalan maritim Taiwan."

Sehingga akhir Mac, 64 insiden gangguan oleh Pengawal Pantai China telah dilaporkan sejak 13 bulan lalu.

Bagaimanapun, tekanan China memberi peluang kepada Taiwan untuk meningkatkan keupayaan kontingensi dengan melaksanakan kesediaan tempur bergilir, atur pergerakan semula serta memperkukuh latihan, kata Chen Wen-chia, penasihat kanan di Institut Penyelidikan Dasar Negara.

Taiwan harus mengukuhkan koordinasi antara pengawal pantai dan tentera lautnya, serta bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menghalang China daripada mengubah status quo di Selat Taiwan melalui "perang pelumpuhan," katanya.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *