Keselamatan

Penangkapan terbaru rungkai pengintipan China di Filipina

Peralatan pengawasan, identiti-identiti palsu dan penggodaman siber adalah bukti terkini capaian operasi pengaruh China di dalam Filipina.

Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) semasa sidang akhbar pada 25 Mac mengemukakan enam warga China dan seorang warga Filipina yang ditangkap berhubung dengan dakwaan pertuduhan pengintipan dan pemilikan senjata api secara haram di Teluk Subic. [NBI/Facebook]
Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) semasa sidang akhbar pada 25 Mac mengemukakan enam warga China dan seorang warga Filipina yang ditangkap berhubung dengan dakwaan pertuduhan pengintipan dan pemilikan senjata api secara haram di Teluk Subic. [NBI/Facebook]

Oleh Shirin Bhandari |

Penangkapan warga China baru-baru ini berhubung dengan pertuduhan pengintipan di Filipina telah menimbulkan kebimbangan terhadap operasi perisikan China yang berkembang di negara itu.

Pada bulan April, polis Filipina menangkap seorang warga China berhampiran dengan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (COMELEC) di Manila dengan penangkap Identiti Pelanggan Mudah Alih Antarabangsa (IMSI), satu peranti yang mampu memintas isyarat telefon mudah alih.

Penemuan itu meningkatkan kebimbangan terhadap campur tangan asing dalam proses politik negara tersebut, dengan pegawai-pegawai memberi amaran bahawa aktiviti pengawasan tersebut boleh menjejaskan integriti pilihan raya pertengahan penggal 12 Mei.

Kebimbangan semakin bertambah apabila polis menangkap dua lagi warga China dengan peralatan serupa di Bulacan hanya tiga hari sebelum pengundi-pengundi membuang mengundi.

Peralatan pengintipan yang dirampas, termasuk penangkap IMSI, dipamerkan di pejabat NBI di Manila pada 25 Februari. [Ted Aljibe/AFP]
Peralatan pengintipan yang dirampas, termasuk penangkap IMSI, dipamerkan di pejabat NBI di Manila pada 25 Februari. [Ted Aljibe/AFP]

Pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka akan memfailkan pertuduhan terhadap suspek-suspek di bawah Akta Pencegahan Jenayah Siber.

Pada bulan Mac, pihak berkuasa Filipina telah menangkap enam warga China dan seorang Filipina di Teluk Subic kerana didakwa menggunakan dron-dron untuk mengintip aset tentera laut berhampiran dengan Pulau Grande.

Suspek-suspek itu menyamar sebagai nelayan semasa menjalankan pengawasan di zon sensitif tentera, kata pegawai.

Sementara itu, Presiden Ferdinand Marcos Jr. pada Januari menyatakan kebimbangan terhadap penangkapan lima lelaki warga China di Palawan pada bulan yang sama yang didakwa memantau laluan-laluan Pengawal Pantai dan kemudahan tentera dengan menggunakan peralatan pengawasan masa nyata.

"Kami sangat terganggu oleh sesiapa yang menjalankan operasi pengintipan sebegitu terhadap tentera kami," kata Marcos.

Pengintipan yang berleluasa

Penangkapan baru-baru ini berlaku di tengah-tengah dakwaan pengintipan China di Filipina telah lama berlaku sejak dahulu lagi.

Warga China yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China telah dituduh menderma kepada agensi-agensi kerajaan tempatan dan pasukan polis dalam apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai percubaan untuk menggunakan pengaruh.

Sementara itu, penggodam-penggodam yang disokong kerajaan China secara konsisten menyasarkan agensi-agensi kerajaan dan infrastruktur kritikal di Filipina.

Selepas buntu pada 2012 berhubung isu Scarborough Shoal, beberapa badan kerajaan Filipina, termasuk Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Pejabat Presiden, mengalami lonjakan dalam serangan siber.

Penganalisis keselamatan mengaitkan pencerobohan ini kepada unit siber China yang dikaitkan dengan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengesahkan beberapa serangan yang dikesan dari alamat-alamat IP China, yang bertumpu pada komunikasi ketenteraan, perkhidmatan air dan sistem tenaga.

Operator Perjudian Luar Pesisir Filipina (POGO), yang menawarkan perkhidmatan perjudian dalam talian kepada pasaran-pasaran di luar negara itu yang sering menggaji pekerja-pekerja China, telah menjadi perhatian utama.

Pada Julai lalu, Presiden Marcos Jr. mengumumkan pengharaman terhadap semua POGO di Filipina, menyatakan kebimbangan mengenai penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti jenayah.

Pihak berkuasa mengesyaki bahawa sesetengah POGO adalah barisan hadapan untuk kakitangan PLA bersara yang menyamar sebagai orang awam. Pertubuhan-pertubuhan tersebut, yang kadangkalanya terletak berhampiran dengan pangkalan tentera dan infrastruktur utama di kawasan seperti Clark, Subic dan Taguig, menimbulkan kebimbangan di kalangan pegawai-pegawai pertahanan.

Beberapa POGO telah ditutup, tetapi banyak lagi yang kini beroperasi secara rahsia, mencetuskan perdebatan berterusan tentang risiko keselamatan negara dan pengaruh asing.

Tindakan keras

China menafikan semua dakwaan-dakwaan pengintipan, dan mengatakan dakwaan tersebut didorong oleh alasan yang bersifat politik.

Namun memandangkan ancaman yang dilihat, pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan kritikal seperti Istana Malacañang.

Penolong Ketua Majoriti Dewan Rakyat Jay Khonghun pada Mac menyeru agar langkah-langkah keselamatan yang lebih kukuh dilaksanakan di bangunan-bangunan ketenteraan dan kedutaan, memberi amaran bahawa perisikan asing mungkin "sudah tertanam secara mendalam" di infrastruktur keselamatan Filipina.

Setiausaha Pertahanan Gilberto Teodoro Jr menggesa penggubal undang-undang supaya meluluskan pembaharuan yang menjadikan pengintipan semasa masa aman suatu jenayah. Undang-undang pengintipan semasa, yang hanya terpakai semasa perang, sudah lapuk, kata Teodoro tahun lepas.

"Apa yang penting sekarang adalah untuk kita menghukum pengintipan semasa masa aman," kata Teodoro dalam suatu temu bual, menekankan keperluan segera untuk memodenkan undang-undang keselamatan negara bagi menghadapi ancaman yang kian berkembang.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *