Sains & Teknologi

Taiwan mencepatkan pembinaan rangkaian satelit di tengah-tengah ancaman China

Berhadapan tekanan yang meningkat daripada Beijing, Taiwan sedang bergelut untuk menyelamatkan komunikasinya daripada perbuatan sabotaj yang boleh mengasingkan pulau itu selama berminggu-minggu.

Ketua angkasa lepas Taiwan Wu Jong-shinn berkata 'masa semakin suntuk' untuk pulau yang demokratik itu melancarkan satelitnya sendiri bagi menjamin perkhidmatan internet dan telefon semasa konflik yang berpotensi berlaku dengan China. Penceramah-penceramah lain dalam video ialah ahli astrofizik Universiti Kebangsaan Australia Brad Tucker dan penganalisis Taiwan Cathy Fang. [Akio Wang/Agensi Angkasa Taiwan/AFPTV/AFP]

Oleh AFP |

HSINCHU, Taiwan -- Ketua angkasa Taiwan Wu Jong-shinn berkata "masa semakin suntuk" untuk pulau yang demokratik itu melancarkan satelitnya sendiri bagi menjamin perkhidmatan internet dan telefon semasa konflik yang berpotensi berlaku dengan China.

Pulau itu menghadapi ancaman berterusan pencerobohan oleh Beijing, yang menuntut pulau itu sebahagian daripada wilayahnya dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah mengalami tekanan ketenteraan yang intensif.

Taiwan memerlukan 150 buah satelit orbit Bumi rendah (LEO) sendiri untuk "daya tahan komunikasi asas" sekiranya kabel telekom dasar lautyang menghubungkan pulau itu dengan seluruh dunia rosak atau terputus, kata Wu kepada AFP dalam satu temu bual.

Pada masa ini ia tiada satu pun.

Taiwan sedang meningkatkan kapasiti internet satelit sebagai perlindungan sekiranya berlaku serangan China. Foto yang diambil pada 19 November 2019, menunjukkan jurutera Thales Alenia Space nenguruskan satelit KONNECT Eutelsat di Cannes, Perancis. [Yann Coatsaliou/AFP]
Taiwan sedang meningkatkan kapasiti internet satelit sebagai perlindungan sekiranya berlaku serangan China. Foto yang diambil pada 19 November 2019, menunjukkan jurutera Thales Alenia Space nenguruskan satelit KONNECT Eutelsat di Cannes, Perancis. [Yann Coatsaliou/AFP]
Taiwan berniat untuk melancarkan satelit pertama daripada enam satelit LEO 600km di atas bumi pada 2027 sebagai sebahagian daripada program Satelit Beyond 5G LEO. Penyelidik-penyelidik dan sebuah satelit terpapar dalam satu tangkapan skrin daripada video AFP.
Taiwan berniat untuk melancarkan satelit pertama daripada enam satelit LEO 600km di atas bumi pada 2027 sebagai sebahagian daripada program Satelit Beyond 5G LEO. Penyelidik-penyelidik dan sebuah satelit terpapar dalam satu tangkapan skrin daripada video AFP.

"Kami perlu membina teknologi kami sendiri. Tetapi seperti yang anda tahu... Masa semakin suntuk," kata Wu, ketua pengarah Agensi Angkasa Taiwan.

"Kita perlu mempercepatkannya."

Pihak berkuasa Taiwan telah pun melihat apa yang berlaku apabila kabel dasar laut diputuskan.

Pada Februari 2023, dua talian telekom yang menghubungkan kepulauan Matsu yang terpencil di Taiwan telah dipotong, mengganggu komunikasi selama berminggu-minggu.

Taiwan berniat untuk melancarkan satelit pertama daripada enam satelit LEO 600km di atas bumi pada 2027 sebagai sebahagian daripada program Satelit Beyond 5G LEO.

Pegawai AS sebelum ini telah menyebut 2027 sebagai kemungkinan garis masa pencerobohan China ke atas Taiwan.

Rakan kongsi global

Sementara itu, Chunghwa Telecom Taiwan sedang membuat perjanjian dengan syarikat-syarikat satelit di seluruh dunia untuk menyediakan telekomunikasi sokongan untuk pulau itu sekiranya berlaku perang atau bencana alam.

Taiwan telah menandatangani perjanjian berjuta-juta dolar dengan syarikat Eropah Eutelsat, pengendali kedua terbesar di dunia bagi satelit LEO.

Eutelsat mempunyai lebih daripada 600 satelit, berikutan penggabungannya pada 2023 dengan firma British OneWeb.

"Kami sedang membangunkan teknologi kami sendiri ... ia mengambil sedikit masa, namun kami boleh memanfaatkan sumber komersial untuk membolehkan kami mempunyai ketahanan komunikasi ini," kata Wu.

Satelit-satelit Eutelsat tidak mencukupi dan pembekal-pembekal lain diperlukan, katanya.

Taiwan telah bekerjasama dengan syarikat AS Astranis dan syarikat Luxembourg SES, dan sedang berbincang dengan Kuiper Amazon dan Telesat Kanada.

Sistem satelit Eutelsat dilaporkan digunakan dalam bencana Taiwan buat kali pertama pada 2024 apabila gempa bumi maut bermagnitud 7.4 melanda pantai timur dan menyebabkan komunikasi terputus.

'Kami tidak boleh bergantung kepada satu pihak'

Taiwan ketinggalan beberapa tahun cahaya di belakang program angkasa AS dan China.

Pesaing-pesaing kuasa besar telah membelanjakan berbilion dolar untuk menghantar angkasawan ke orbit dan melancarkan beribu-ribu satelit.

Taiwan mempunyai tujuh buah satelit meteorologi dan sebuah satelit penderiaan jauh optik di orbit, dan berharap untuk mempunyai "lebih daripada 20" pada sekitar 2031, kata Wu.

Ia berniat untuk melancarkan satelit penderiaan jauh optik kedua pada bulan November dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California menerusi roket SpaceX.

Taiwan akan mempunyai roket dan tapak pelancarannya sendiri dalam dekad akan datang, kata Wu.

Apabila bercakap mengenai satelit komunikasi, bagaimanapun, ada yang mempersoalkan dari aspek ekonomi negara yang memilih untuk membangunkan rangkaian mereka sendiri walaupun terdapat pilihan komersial lain.

"Jika anda mahu ini berfungsi, anda memerlukan sebilangan besar daripadanya berada di orbit Bumi rendah untuk liputan berterusan itu," kata Brad Tucker, ahli astrofizik dan ahli kosmologi di Universiti Nasional Australia.

"Anda perlu komited dengan operasi jangka panjang ini, tetapi anda juga perlu menyelenggarakannya. Starlink berfungsi kerana mereka menyahorbit satelit mereka setiap tiga tahun, menggantikannya dengan yang baharu.

Adalah "berbahaya" bagi Taiwan untuk bergantung hanya kepada pengendali-pengendali satelit asing untuk isyarat telefon dan internet semasa perang, kata penganalisis Taiwan Cathy Fang.

Taiwan telah belajar dari Ukraine, di mana Starlink telah menjadi alat komunikasi penting untuk pasukan Ukraine yang memerangi tentera Moscow.

Ketua Pegawai Eksekutif Starlink, Elon Musk telah mengakui menghalang serangan Ukraine ke atas kapal perang Rusia dengan mematikan akses internet kepada sistem itu.

"Kami tidak boleh hanya bergantung kepada satu pihak," Fang, seorang penganalisis dasar di Institut Penyelidikan untuk Demokrasi, Masyarakat dan Teknologi Baru yang disokong kerajaan, memberitahu AFP.

"Kami perlu memupuk industri kami."

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *