Oleh AFP dan Focus |
GENEVA -- Wakil-wakil Tibet dan Uyghur menggesa kerajaan-kerajaan dalam satu acara sampingan Majlis Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun supaya menekan Beijing untuk memansuhkan undang-undang perpaduan etnik baharu China. Ia mengancam kelangsungan hidup bahasa, budaya dan identiti mereka, menurut mereka.
Undang-undang mengenai Menggalakkan Perpaduan dan Kemajuan Etnik, yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai, yang bertujuan untuk menjalin satu identiti negara yang "bersama" antara kumpulan-kumpulan etnik dan "mengukuhkan persepaduan." Ia memberikan Beijing perlindungan undang-undang untuk meneruskan asimilasi paksa terhadap etnik minoriti yang lama diamalkan, kata penyokong hak.
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Volker Türk telah menggesa undang-undang itu dimansuhkan, memberitahu majlis itu pada 15 Jun bahawa ia dikhuatiri akan mengetatkan sekatan terhadap kebebasan bahasa, pendidikan, agama, budaya, ekspresi dan berhimpun.
Di acara sampingan majlis itu pada 26 Jun, wakil-wakil Tibet dan Uyghur menggambarkan bagaimana, dari pandangan mereka, budaya, agama dan identiti linguistik mereka telah dijadikan satu kesalahan jenayah.
![Thinlay Chukki (tengah), wakil Dalai Lama dan Pentadbiran Tibet Pusat untuk Eropah Tengah dan Timur, serta Bhuchung Tsering (kiri), pengarah penyelidikan dan pemantauan di Kempen Antarabangsa untuk Tibet, bercakap dalam satu acara sampingan di Geneva pada 26 Jun. [Pentabiran Tibet Pusat]](/gc9/images/2026/07/06/56890-2-370_237.webp)
Pemadaman budaya
Dengan undang-undang itu, orang Tibet ''tidak lagi dibenarkan wujud secara undang-undang," kata Thinlay Chukki, wakil Dalai Lama dan Pentadbiran Tibet Pusat untuk Eropah Tengah dan Timur, memetik satu "genosid budaya."
Ia adalah "memadamkan orang Tibet dari segi undang-undang sebagai identiti Tibet, sebagai budaya Tibet, sebagai bahasa Tibet," beliau memberitahu AFP.
China secara rasmi mengiktiraf 55 kumpulan etnik minoriti dalam negaranya yang bercakap beratus-ratus bahasa dan dialek. Kerajaan sudah mewajibkan penggunaan Mandarin sebagai bahasa pengajaran di kawasan dengan populasi besar minoriti, termasuk Tibet.
Peruntukan bahasa dalam undang-undang itu menyokong kebimbangan tersebut. Artikel 15 memperkukuh Mandarin sebagai bahasa pengajaran utama di sekolah-sekolah dan kawasan awam, satu peralihan yang disifatkan oleh pengkritik menggantikan bahasa Tibet, Uyghur dan bahasa minoriti lain dari bilik darjah di mana bahasa-bahasa tersebut digunakan secara rasmi.
Kanak-kanak berisiko
Sistem sekolah berasrama telah memisahkan ramai kanak-kanak Tibet daripada bahasa dan budaya mereka, dan undang-undang baharu selanjutnya mengkanunkan model tersebut, kata Chukki. Kempen Antarabangsa Tibet telah menggambarkan undang-undang itu sebagai kemuncak dasar asimilasi yang dilakukan selama berdekad-dekad yang pada mulanya diuji Beijing di wilayah Tibet sebelum memperluas ke seluruh negara.
Satu sistem sekolah berasrama yang serupa wujud di Xinjiang, di mana PBB telah memetik kemungkinan jenayah kemanusiaan yang menyasarkan kebanyakan minoriti orang yang beragama Islam Uyghur, yang dinafikan oleh China.
Beijing mahu "mengganggu identiti keseluruhan kami, untuk memutuskan generasi-generasi," kata Zumretay Arkin, naib presiden Kongres Uyghur Dunia. Undang-undang baharu itu, katanya, "akan sepenuhnya menghapuskan identiti Uyghur, warisan, agama" dan memaksa Uyghur dan kumpulan minoriti lain menerima identiti China Han.
Diaspora Uyghur sudah berhadapan pengawasan, gangguan dan tekanan terhadap ahli keluarga yang masih menetap di China, katanya. Artikel 63, katanya, kini memberikan asas perundangan rasmi terhadap intimidasi transnasional tersebut.
Bhuchung Tsering, pengarah unit penyelidikan dan pemantauan di Kempen Antarabangsa untuk Tibet, mengutuk apa yang disifatkan sebagai "taktik jahat yang menyasarkan kumpulan termuda serta memisahkan mereka daripada budaya mereka" merujuk kepada anekdot kanak-kanak Tibet sudah tidak dapat berinteraksi dengan ibu bapa mereka.
Beliau menekankan dua peruntukan yang dibaca bersama: satu menyuruh ibu bapa menanam identiti negara baharu bagi anak-anak mereka, dan satu lagi menggesa rakyat untuk melaporkan ketidakpatuhan terhadap undang-undnag itu. "Ini membawa maksud memaksa anak-anak mereka untuk melaporkan mengenai ibu bapa sendiri," katanya.
Seorang wakil China di majlis itu mempertahankan undang-undang tersebut, mengutuk "negara-negara dan organisasi-organisasi yang secara konsisten menggunakan hak asasi manusia sebagai alat politik untuk memburuk-burukkan China."
Reaksi global
Para penceramah Tibet dan Uyghur menggesa diplomat dan PBB supaya menekan China untuk memansuhkan undang-undang tersebut, menyatakan bahawa Artikel 63 berisiko perluasan "penindasan transnasional terhadap golongan penentang, aktivis serta pembela hak asasi manusia," kata Arkin.
China menentang pada 3 Julai. Jurucakap Kementerian Luar Negeri Guo Jiakun menggesa negara-negara supaya "berhenti menyebarkan kepalsuan" mengenai undang-undang itu dan menuduh kerajaan tertentu mengeksploitasi isu etnik sebagai "helah untuk campur tangan dalam urusan dalaman China."
Parliamen Eropah meluluskan penyelesaian pada hujung bulan April yang menyeru untuk pemansuhan undang-undang itu, menyatakan bahawa pelaksanaannya boleh menyebabkan "akibat yang buruk" untuk hubungan Kesatuan Eropah–China. Badan itu mengutuk penindasan transnasional terhadap individu dalam sempadan Kesatuan Eropah serta menggesa negara anggota Kesatuan Eropah untuk menggantung perjanjian penyerahan balik dengan China.
Sembilan penggubal undang-undang A.S., termasuk pemimpin tertinggi Republik dan Demokrat dalam Jawatankuasa Perhubungan Luar Negeri Senat, mengutuk undang-undang tersebut pada 1 Julai, menyatakan ia memberikan Beijing "kuasa yang hampir tiada batasnya untuk mendakwa pihak yang bersuara menentang penindasan Beijing" serta selanjutnya mengesahkan rangka kerjanya bagi penindasan transnasional.
Keiji Furuya, ahli parti pemerintah Jepun iaitu Parti Demokratik Liberal, berkata bahawa skop luar wilayah undang-undang tersebut adalah sesuatu yang "tidak bertoleransi oleh mana-mana negara demokratik."
Pejabat Persekutuan Luar Negeri Jerman berkata Berlin menganggap undang-undang itu dengan "penuh kebimbangan," menyatakan bahawa individu dan organisasi di luar China "boleh didakwa secara eksplisit" di bawah peruntukan tersebut.
[Bahagian II daripada II: Undang-undang Perpaduan Etnik China]
![Seorang anggota polis berdiri di hadapan papan iklan propaganda yang tertera 'Perpaduan nasional ialah talian hayat untuk rakyat daripada semua kumpulan etnik' di wilayah Kashgar, Xinjiang, China, pada 19 Julai 2023. Undang-undang perpaduan etnik China yang baharu mula berkuat kuasa pada 1 Julai. [Pedro Pardo/AFP]](/gc9/images/2026/07/06/56889-afp__20260310__a2lr3bg__v1__highres__filechinapoliticslawminorities-370_237.webp)