Keselamatan

Negara kepulauan Pasifik kecam ujian peluru berpandu China ke atas 'benua biru'

Pelancaran tersebut menambahkan kebimbangan mengenai jangkauan ketenteraan Beijing yang meluas dan membaharui seruan untuk memastikan rantau ini bebas daripada provokasi ketenteraan.

Kenderaan ketenteraan membawa peluru berpandu balistik antara benua yang berkeupayaan nuklear DF-41 China semasa perarakan di Beijing pada 1 Oktober, 2019, sempena ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China. Negara-negara kepulauan Pasifik telah menyuarakan amaran mengenai jangkauan peluru berpandu Beijing yang meluas selepas peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam mendarat di perairan Pasifik yang dikongsi bersama semasa ujian akhir-akhir ini. [Greg Baker/AFP]
Kenderaan ketenteraan membawa peluru berpandu balistik antara benua yang berkeupayaan nuklear DF-41 China semasa perarakan di Beijing pada 1 Oktober, 2019, sempena ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China. Negara-negara kepulauan Pasifik telah menyuarakan amaran mengenai jangkauan peluru berpandu Beijing yang meluas selepas peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam mendarat di perairan Pasifik yang dikongsi bersama semasa ujian akhir-akhir ini. [Greg Baker/AFP]

Oleh AFP |

SYDNEY, Australia -- Negara-negara kepulauan Pasifik mengecam ujian peluru berpandu balistik China akhir-akhir ini kerana mereka berkata ia mendarat di tengah-tengah "benua biru" bersama mereka, kata para ahli politik dan para penganalisis kepada AFP.

Negara-negara Pasifik yang terhutang budi kepada Beijing pun telah menyertai kritikan terhadap ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam China pada 6 Julai, yang sampai jauh ke Lautan Pasifik.

Istilah "benua biru" digunakan oleh negara-negara kepulauan Pasifik untuk menggambarkan tanah air bersama dan pengawalan perkongsian lautan tersebut.

Peluru berpandu berkeupayaan nuklear dilengkapi kepala peledak palsu mendarat di suatu tempat antara Nauru, Tuvalu dan Kepulauan Solomon, menurut pemantau dan para pegawai Pasifik.

Presiden Palau Surangel Whipps Jr. berucap di majlis pembukaan Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa bagi Kongres Pemuliharaan Sedunia di Abu Dhabi pada 9 Oktober lalu. Whipps, yang akan menganjurkan mesyuarat pemimpin Forum Kepulauan Pasifik pada bulan Ogos, berkata ujian peluru berpandu China akhir-akhir ini mendarat betul-betul antara EEZ [Zon Ekonomi Eksklusif]' kami di tengah-tengah kawasan Pasifik. [Fadel Senna/AFP]
Presiden Palau Surangel Whipps Jr. berucap di majlis pembukaan Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa bagi Kongres Pemuliharaan Sedunia di Abu Dhabi pada 9 Oktober lalu. Whipps, yang akan menganjurkan mesyuarat pemimpin Forum Kepulauan Pasifik pada bulan Ogos, berkata ujian peluru berpandu China akhir-akhir ini mendarat betul-betul antara EEZ [Zon Ekonomi Eksklusif]' kami di tengah-tengah kawasan Pasifik. [Fadel Senna/AFP]

Tempat mendarat dilaporkan terletak di tengah-tengah kepulauan Pasifik tetapi di salah satu beberapa tompok antara mereka bukan sebahagian Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).

China berkata bahawa ujian peluru berpandu "bukan dihalakan kepada mana-mana negara" dan tidak melanggar undang-undang antarabangsa.

Tetapi Presiden Palau Surangel Whipps, akan menganjurkan mesyuarat tahunan para pemimpin Pasifik pada bulan Ogos, berkata peluru berpandu itu mendarat "betul-betul di antara EEZ kami."

"Kami menyaksikan peluru berpandu dilancarkan ke tengah-tengah kawasan Pasifik, tanpa pengumuman," kata beliau dalam satu temu bual dengan AFP.

Utusan Pasifik China telah bertemu beberapa hari sebelumnya dengan Forum Kepulauan Pasifik, selepas Beijing mendermakan $1 juta kepada blok serantau tetapi langsung tidak menyebut tentang ujian yang mengancam itu.

Forum yang terdiri daripada 18 ahli melihat diri mereka sebagai penjaga 20% daripada permukaan bumi, bersama-sama menguruskan perikanan dan melawan perubahan iklim, dalam EEZ gabungan merentasi 25 juta km persegi (10 juta batu persegi).

Peluru berpandu kelihatan telah mendarat di "koridor sempit perairan antarabangsa" di antara sekeliling pulau EEZ, kata pengarah program Kepulauan Pasifik di Lowy Institute, Oliver Nobetau.

"Mengapa is tidak diuji ke utara Lautan Pasifik pula, di mana terdapat perairan antarabangsa yang luas terbentang?" katanya.

'Fabrik hidup'

Sedozen negara-negara Pasifik telah membantah ujian peluru berpandu tersebut, termasuk negara-negara kecil yang meminjam dari China untuk infrastruktur mereka, dan rakan keselamatan Pasifik terdekatnya, Kepulauan Solomon.

Sarjana undang-undang maritim antarabangsa Donald Rothwell berkata walaupun EEZ yang luas memberikan negara-negara pulau kawalan terhadap sumber lautan dan rondaan pengawal pantai, mereka tidak melarang ujian peluru berpandu.

Ruth Cross Kwansing, menteri kerajaan di Kiribati, berkata konsep "benua Pasifik biru" adalah asas terhadap rantau tersebut dan memacu kemarahan.

"Perkara yang berlaku dalam mana-mana bahagian lautan ini mengejutkan kita semua," katanya kepada AFP.

"Anda perlu mengalihkan perspektif anda daripada peta kepulauan yang berselerak dan terpencil kepada satu di mana lautan itu ialah fabrik hidup yang mengikat kita semua bersama-sama," katanya.

"Laut kami bukan ruang kosong atau zon penampan antara kuasa global -- ia adalah estet kami, mata pencarian kami dan identiti kami sebagai pengawal laut."

Anna Naupa, sarjana keselamatan Pasifik di Australian National University, berkata walaupun sejarah kolonial memecah-mecahkan peta, idea benua Pasifik bersempadan telah bangkit semula ketika negara-negara pulau tersebut menguatkan suara kolektif mereka mengenai perubahan iklim.

"Kemarahan negara-negara Pasifik adalah selaras dengan mempertahankan prinsip Lautan Keamanan," kata Naupa, merujuk kepada perisytiharan yang dibuat oleh para pemimpin pada tahun lalu bahawa rantau ini kekal bebas daripada pengujian senjata nuklear.

Notis singkat yang diberikan oleh China mengenai ujian tersebut hanya kepada sebilangan kecil negara dilihat sebagai bersikap tidak hormat, tambahnya.

'Masih ketakutan'

Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape berkata pada 6 Julai ia sepatutnya "ujian peluru berpandu seumpamanya yang terakhir dijalankan di perairan Pasifik," mesej disampaikan bukan sahaja kepada China tetapi semua kuasa ketenteraan.

Amerika Syarikat telah menjalankan 67 peledakan nuklear antara tahun 1946 dan 1958 di Kepulauan Marshall dan terus menjalankan ujian peluru berpandu balistik di sana di bawah perjanjian pertahanan. Presiden Kepulauan Marshall Hilda Heine memetik parut nuklear bersejarah dalam mengkritik peluru berpandu China.

Perancis dan Britain menjalankan ujian nuklear Pasifik sebelum tahun 1996.

Semua ujian peluru berpandu di rantau itu, termasuk China, akan dibincangkan di mesyuarat pemimpin Pasifik yang akan datang pada bulan Ogos, kata Kwansing di Kiribati.

Banyak kepulauan Pasifik "masih dihantui oleh warisan Perang Dunia Kedua yang berlaku di rantau tersebut serta kesan jangka panjang pengujian nuklear," kata Nobetau.

"Perkara yang membuat pemimpin Pasifik berasa amat takut adalah bukan sahaja ianya demonstrasi jelas jangkauan keupayaan China tetapi ia juga pratonton kesan peperangan kinetik," katanya.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link