Pendidikan

Filipina beri amaran kepada China agar tidak menjadikan penyelamatan Hari Krismas sebagai propaganda di Laut China Selatan

Pertolongan China kepada nelayan Zambales adalah dialu-alukan, tetapi ia tidak menghapuskan gangguan bertahun-tahun di Laut Filipina Barat, kata pengawal pantai Manila.

Rakaman yang dikeluarkan oleh Kedutaan China di Manila menunjukkan anggota Tentera Laut Pembebasan Rakyat membantu nelayan Filipina, dengan pemusnah peluru berpandu kelihatan di latar belakang. [Kedutaan China di Manila]
Rakaman yang dikeluarkan oleh Kedutaan China di Manila menunjukkan anggota Tentera Laut Pembebasan Rakyat membantu nelayan Filipina, dengan pemusnah peluru berpandu kelihatan di latar belakang. [Kedutaan China di Manila]

Oleh Liz Lagniton |

Filipina memberi amaran bahawa nelayan Filipina yang diselamatkan oleh kapal perang China pada hari Krismas tidak sewajarnya dijadikan propaganda, dengan mengatakan bahawa ia tidak dapat memadamkan gangguan China terhadap nelayan-nelayan Filipina selama bertahun-tahun dan kehadiran berterusan China di perairan Filipina.

Insiden itu berlaku pada 25 Disember, apabila anggota-anggota Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (PLAN) membantu seorang nelayan Filipina di luar pesisir pantai Zambales, kawasan dalam Zon Ekonomi Esklusif (EEZ) Filipina yang namun juga dituntut oleh China.

Rakaman menunjukkan anggota tentera laut China menaiki bot rigid-hulled inflatable (RHIB) menghampiri kapal nelayan Filipina yang memaparkan tanda bertulisan tangan "Tolong Saya" yang diperbuat daripada penutup styrofoam.

Video-video dan gambar-gambar yang dikeluarkan oleh Kedutaan China di Manila menunjukkan tentera laut China memberikan air minuman dan biskut kepada nelayan tersebut.

Anggota Pengawal Pantai Filipina di atas kapal BRP Cape San Agustin membantu nelayan Larry Tumalis di Laut Filipina Barat di luar pesisir wilayah Zambales, 25 Disember. [Pengawal Pantai Filipina]
Anggota Pengawal Pantai Filipina di atas kapal BRP Cape San Agustin membantu nelayan Larry Tumalis di Laut Filipina Barat di luar pesisir wilayah Zambales, 25 Disember. [Pengawal Pantai Filipina]

Dalam video itu, nelayan tersebut, dikenali sebagai Larry Tumalis, kedengaran berulang kali melahirkan rasa terima kasih semasa saling berbalas ucapan Hari Krismas. Pegawai China menunjukkan rakaman tersebut sebagai tindakan kemanusiaan.

Pihak kedutaan berkata pada 26 Disember bahawa sebuah kapal pemusnah PLAN telah memberikan bantuan kemanusiaan yang pantas kepada kapal nelayan yang mengalami masalah pada 25 Disember, dengan memberikan makanan dan minuman kepada seorang nelayan yang dilaporkan terkandas selama tiga hari kerana kerosakan enjin.

Dakwaan yang dipertikaikan

Pengawal Pantai Filipina (PCG) memberi amaran terhadap paparan selektif tersebut yang boleh mengaburi realiti lebih luas di Laut Filipina Barat, di mana nelayan-nelayan Filipina melaporkan gangguan, akses yang disekat ke kawasan menangkap ikan tradisional dan pertembungan berbahaya dengan kapal-kapal China.

Laut Filipina Barat adalah nama untuk sebahagian Laut China Selatan dalam kawasan EEZ.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 26 Disember, PCG berkata ia mengiktiraf dan menghargai bantuan yang diberikan kepada Tumalis pada Hari Krismas.

Walau bagaimanpun, jurucakap PCG untuk Laut Filipina Barat, Komodor Jay Tarriela, berkata perlakuan tersebut bertentangan dengan apa yang digambarkannya iaitu tindakan Pengawal Pantai China yang kejam, tidak sah, memaksa, agresif dan berunsur ketipuan" terhadap nelayan-nelayan Filipina.

Tarriela berkata PCG tidak menerima maklumat awal daripada PLAN berhubung lokasi atau keadaan nelayan yang dikhabarkan menerima bantuan tersebut.

Dia juga menolak dakwaan China bahawa Tumalis telah hanyut selama tiga hari, mengatakan dia telah ditambat dengan selamat pada alat pengagregat ikan terapung sebelum dikesan oleh PCG dan bot induk dalam masa kurang 24 jam.

Menurut Tarriela, Tumalis memberitahu pihak berkuasa dia berasa takut apabila kapal perang China menghantar bot rigid-hulled inflatable (RHIB), menyebabkannya mengikis deposit karbon dari paip ekzos enjinnya dan menggunakannya untuk menulis "Tolong Saya."

Tarriela juga berkata kapal perang PLAN "tidak mempunyai sebab yang sah untuk beroperasi di dalam EEZ Filipina," dan menyatakan bahawa lokasi yang dilaporkan -- kira-kira 71 batu nautika barat Pulau Silanguin -- terletak di dalam perairan negara itu.

Tarriela berkata dia berharap agar insiden itu tidak akan dieksploitasi sebagai propaganda, dan berkata ia sebaliknya perlu ditekankan bahawa nelayan-nelayan Filipina mempunyai hak penuh untuk menangkap ikan di perairan sekitar Bajo de Masinloc, istilah Manila untuk Scarborough Shoal.

'Pengurusan imej'

Penyelamatan Krismas tersebut dilakukan beberapa hari selepas insiden meriam air yang melibatkan bot-bot nelayan Filipina, menarik perhatian semula kepada naratif bersaing di laut.

“Janganlah kita terpedaya dengan propaganda China,” kata Rafaela David, ketua konventor kumpulan Atin Ito, dalam satu kenyataan pada 27 Disember.

Atin Ito ialah kumpulan yang menghantar barangan sumbangan kepada tentera Filipina yang ditempatkan di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan.

"Apa yang China lakukan bukanlah aktiviti kemanusiaan, ia adalah pengurusan imej. Ia adalah bantuan yang didorong oleh propaganda yang bertujuan untuk mengalih perhatian kita daripada gangguan bertahun-tahun, keganasan dan pencerobohan haram," kata David sambil menambah bahawa dakwaan China bahawa nelayan itu telah hilang selama tiga hari tidak selari dengan fakta yang telah diperoleh.

David mempersoalkan mengapa China membuat rondaan di dalam EEZ Filipina dan berkata tiada tindakan bantuan yang diwar-warkan boleh mengatasi insiden berulang yang melibatkan nelayan-nelayan Filipina.

Dia memetik insiden pada 12 Disember di mana Pengawal Pantai China menggunakan meriam air bertekanan tinggi berhampiran Sabina Shoal, merosakkan dua buah bot dan mencederakan tiga orang nelayan, menurut kenyataannya.

Insiden itu mendapat kecaman daripada Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan anggota-anggota Kesatuan Eropah, yang mengkritik tindakan agresif China terhadap nelayan Filipina di Laut Filipina Barat.

Kerajaan-kerajaan asing, termasuk Amerika Syarikat, mengulangi sokongan untuk kebebasan pelayaran dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, memberi amaran bahawa penggunaan kekerasan terhadap kapal-kapal awam dapat menjejaskan kestabilan serantau dan meningkatkan ketegangan di rantau tersebut.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link