Ekonomi

Kerajaan India berdepan kritikan atas cadangan longgarkan sekatan pelaburan China

Melonggarkan sekatan akan melemahkan pendirian India terhadap Beijing walaupun ketegangan sempadan seakan tiada berkesudahan, kata pihak pembangkang dan kumpulan-kumpulan industri.

Pegawai-pegawai tentera India berkawad di Jaipur pada perarakan Hari Tentera pada 16 Januari. Berikutan pertempuran maut dengan China di sempadan pada 2020, New Delhi telah mengenakan sekatan kepada pelaburan China di India. [Tentera India/X]
Pegawai-pegawai tentera India berkawad di Jaipur pada perarakan Hari Tentera pada 16 Januari. Berikutan pertempuran maut dengan China di sempadan pada 2020, New Delhi telah mengenakan sekatan kepada pelaburan China di India. [Tentera India/X]

Oleh Zarak Khan |

Kerajaan India berada di bawah tekanan hebat rentetan cadangan untuk melonggarkan sekatan ke atas pelaburan China, tindakan yang menurut pengktritik melemahkan postur keselamatan New Delhi walaupun ketegangan dengan Beijing berkenaan sempadan yang dipertikaikan masih belum dapat diselesaikan.

Didorong oleh Kementerian Kewangan, cadangan perubahan itu bakal melonggarkan sekatan lima tahun ke atas bidaan syarikat China untuk kontrak kerajaan India, lapor Reuters pada 8 Januari.

Langkah itu akan membuka semula akses kepada sektor-sektor sensitif yang strategik, termasuk infrastruktur, peralatan kuasa dan pembuatan elektronik.

Sekatan dikenakan sejak 2020

India perkenalkan sekatan tersebut ke atas China selepas pertempuran 2020 Galwan di Timur Ladakh, pertempuran paling dahsyat antara kedua-dua negara sejak 1975. Konflik tersebut, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang tentera India, menandakan kemerosotan ketara dan berpanjangan dalam hubungan Sino-India.

Pemimpin-pemimpin parti pemerintah India Bharatiya Janata Party menyambut delegasi Parti Komunis China di New Delhi pada 13 Januari, beberapa hari selepas timbul laporan cadangan melonggarkan sekatan pelaburan China. [Dr. Vijay Chauthaiwale/X]
Pemimpin-pemimpin parti pemerintah India Bharatiya Janata Party menyambut delegasi Parti Komunis China di New Delhi pada 13 Januari, beberapa hari selepas timbul laporan cadangan melonggarkan sekatan pelaburan China. [Dr. Vijay Chauthaiwale/X]

Dalam respons terhadap pertempuran itu, India mempertingkat pemantauan ke atas syarikat-syarikat dari negara-negara yang berkongsi sempadan negara dengannya, mewajibkan kelulusan penilaian politik dan keselamatan sebelum mereka boleh membida kontrak-kontrak awam. Langkah ini secara efektif menghalang syarikat-syarikat China daripada perolehan kerajaan, nilai pasaran yang dianggarkan antara $700 bilion dan $750 billion setahun, kata Reuters.

Satu usaha sama dengan China pada 2020 telah hilang peluang untuk membina 44 set kereta api separuh kelajuan tinggi apabila Kementerian Kereta Api India membatalkan tender tersebut. Kontrak itu diberikan kepada sebuah syarikat India pada January 2021 selepas kementerian berkenaan menyemak semula tender tersebut untuk memberi peluang kepada para pembida tempatan.

Kecoh angkara pertemuan dengan CCP

Kontroversi berhubung pertemuan itu menjadi tegang selepas pemimpin-pemimpin parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti utama seidiologinya, eRashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), menyambut kedatangan delegasi Parti Komunis China (CCP) pada 13 Januari, beberapa hari selepas keluar berita mengenai cadangan perubahan polisi.

Para hadirin persidangan "membincangkan secara panjang lebar cara-cara meningkatkan komunikasi antara parti" antara dua parti pemerintah, Dr. Vijay Chauthaiwale, pemimpin BJP yang mengetuai jabatan hal ehwal luar negeri parti, menulis tweet.

Parti pembangkang utama India telah mengambil kesempatan data perdagangan terkini untuk menuduh kerajaan "menyerahkan diri secara berhemat" kepada Beijing.

"China baru sahaja mengumumkan bahawa ia telah merekodkan surplus perdagangan sebanyak $1.2 trilion pada 2025. Ini bermaksud surplus perdagangan dengan India sahaja merangkumi 10% daripada keseluruhan," Jairam Ramesh, pemimpin kanan Kongres Kebangsaan India, menulis tweet pada 14 January.

Ramesh memetik pertemuan pada 13 Januari antara delegasi BJP–RSS dan CCP sebagai sebahagian daripada penyerahan kepada kepentingan ekonomi China.

Ketegangan tiada berkesudahan

Keakraban New Delhi dengan CCP berlaku walaupun ketegangan sempadan memuncak.

Titik pergeseran di sepanjang kubu pertahanan Himalaya kekal tidak dapat diselesaikan. Kedua-dua negara berterusan mempertingkat infrastruktur strategik dan memperkukuh pengerahan ke hadapan.

Pertempuran 2020 meninggalkan tanda besar dalam politik dan nationalisme India, Amar Jaipal, penganalisis keselamatan di New Delhi, berkata.

"Sekatan ke atas perdagangan China selepas pertembungan 2020 bukanlah formaliti birokratik. Ia merupakan signal politik dan strategik selepas tindakan keras China di sempadan yang mengorbankan tentera kita," Jaipal memberitahu Focus.

Baru-baru ini, New Delhi menolak bantahan Beijing mengenai filem Bollywood akan datang, "Battle of Galwan," yang menceritakan mengenai pertembungan 2020. Kontroversi mengenai filem itu menyerlahkan sensitiviti berpanjangan dalam episod politik India.

Melonggarkan sekatan boleh menjejaskan sektor pembuatan domestik dan memperdalam kebergantungan ekonomi India ke atas China, ramal kumpulan-kumpulan industri.

Membenarkan akses yang lebih luas kepada syarikat-syarikat China akan "menjejaskan pembuatan domestik, mengakibatkan tekanan perbankan dan pengangguran besar-besaran" tulis Persatuan Seamless Tube Manufacturers India kepada Kementerian Keluli negara, lapor Rediff pada 15 Januari.

Tanpa wujudnya sekatan, pembekal-pembekal China akan membanjiri pasaran India dengan tiub dan paip keluli di bawah harga pasaran serta mengakibatkan syarikat-syarikat India disingkirkan dari pasaran, kata persatuan tersebut.

"India belum belajar lagi bagaimana untuk memasukkan output industrinya sendiri ke dalam pasaran China secara meluas," fellow pelawat Yayasan Penyelidikan Pemerhati Tushar Joshi menulis pada bulan Disember lepas.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link