Diplomasi

New Zealand dan Kepulaun Cook meterai pakatan pertahanan, pinggirkan China

Perjanjian itu mengukuhkan hubungan keselamatan dan menamatkan ketegangan selama lebih setahun, ketika New Zealand mengembalikan bantuan kewangan kepada Kepulauan Cook.

Perdana Menteri Kepulauan Cook Mark Brown (kiri) menyambut Menteri Luar Negeri New Zealand Winston Peters semasa ketibaannya di Rarotonga pada 31 Mac 2026, menjelang perbincangan mengenai perjanjian pertahanan dan keselamatan baharu. [Facebook/Mark Brown]
Perdana Menteri Kepulauan Cook Mark Brown (kiri) menyambut Menteri Luar Negeri New Zealand Winston Peters semasa ketibaannya di Rarotonga pada 31 Mac 2026, menjelang perbincangan mengenai perjanjian pertahanan dan keselamatan baharu. [Facebook/Mark Brown]

Oleh Ha Er-rui |

New Zealand dan Kepulauan Cook telah menandatangani perjanjian pertahanan baharu, memulihkan hubungan dua hala yang tegang sejak Kepulauan Cook memeterai perjanjian strategik dengan China tahun lepas tanpa merujuk kepada Wellington.

Deklarasi itu menetapkan setiap negara sebagai "rakan kongsi pilihan" dan mewujudkan rangka kerja yang lebih jelas untuk kerjasama pertahanan dan keselamatan di bawah hubungan pertubuhan bebas kedua-dua belah pihak. selama berdekad-dekad.

Dimeterai di Rarotonga pada awal April oleh Menteri Luar Negeri New Zealand Winston Peters dan Perdana Menteri Kepulauan Cook Mark Brown, ia diwakilkan sebagai asas baru untuk kerjasama pada masa hadapan.

Peters berkata perjanjian itu memberi maksud yang jelas kepada perhubungan yang dirumitkan oleh perubahan lanskap geopolitik.

Perdana Menteri Kepulauan Cook Mark Brown (ketiga dari kanan) melawat Pusat Laut Dalam Kebangsaan di Qingdao pada 12 Februari 2025. Lawatan itu menyusuli pemeteraian Perkongsian Komprehensif Strategik 2025–2030 dengan China. [Facebook/Mark Brown]
Perdana Menteri Kepulauan Cook Mark Brown (ketiga dari kanan) melawat Pusat Laut Dalam Kebangsaan di Qingdao pada 12 Februari 2025. Lawatan itu menyusuli pemeteraian Perkongsian Komprehensif Strategik 2025–2030 dengan China. [Facebook/Mark Brown]

"Deklarasi itu memadamkan kekaburan pada masa lalu dan memberikan maksud yang jelas kepada kedua-dua kerajaan supaya kami boleh mara ke hadapan dan fokus kepada masa hadapan, bukannya masa silam," katanya.

Brown menyimpulkannya dalam erti kata saling menghormati: "Kami menandatangani deklarasi ini sebagai satu dasar baru yang dibina atas asas yang jelas, penghargaan bersama dan kepercayaan yang dikongsi bahawa dua negara, berbeza dari segi saiz tetapi sama dalam maruah, boleh membina sesuatu yang betul-betul berbaloi untuk dilaburkan."

Hubungan tegang

Kepulauan Cook, bekas wilayah New Zealand di Pasifik Selatan, memasuki susunan pertubuhan bebas dengan New Zealand pada 1965, memperoleh kerajaan pemerintahan sendiri sementara rakyatnya mengekalkan kewarganegaraan New Zealand. Di bawah rangka kerja itu, kedua-dua pihak perlu merujuk satu sama lain secara kerap berkenaan pertahanan dan keselamatan.

Hubungan tersebut menjadi tegang pada 2025 apabila Kepulauan Cook memeterai satu perjanjian perkongsian strategik dengan China meliputi perlombongan laut dalam, kerjasama serantau, dan pembangunan ekonomi -- tanpa merujuk terlebih dahulu dengan Wellington. New Zealand meluahkan "kebimbangan yang signifikan" serta menggantung NZ$29.8 juta ($17.1 juta) dalam bantuan kewangan tahunan.

Deklarasi itu mewajibkan Kepulauan Cook untuk merujuk kepada New Zealand terlebih dahulu sekiranya terdapat "permintaan untuk bantuan" berkenaan isu keselamatan, termasuk yang berkaitan dengan "infrastruktur kritikal" seperti pelabuhan dan telekomunikasi.

Kepulauan Cook juga akan memberikan "notifikasi awal komprehensif" kepada New Zealand berhubung isu keselamatan, sementara memberikan Wellington skop yang luas untuk mencabar mana-mana perjanjian dengan "pihak ketiga" yang boleh menjejaskan deklarasi tersebut.

Faktor China

"China keluar, NZ kembali setelah perjanjian baru dimeterai dengan Kepulauan Cook," tulis satu tajuk utama berita 1News. Pembaca berita TVNZ laman web berita milik kerajaan New Zealand berkata deklarasi itu "secara efektifnya meminggirkan China" dengan mengembalikan keutamaan Wellington dalam Kepulauan Cook berhubung perkara keselamatan.

Di bawah deklarasi itu, mana-mana perjanjian yang ditandatangani oleh Kepulauan Cook dengan negara-negara lain sebelum pakatan tersebut dimeterai boleh diawasi oleh New Zealand sekiranya ia menjejaskan New Zealand atau bidang keselamatan dan pertahanan dalam apa jua keadaan.

Peters berkata perjanjian Kepulauan Cook sedia ada dengan China kini berhadapan dengan halangan yang signifikan. "Intrepretasi yang jelas mengenainya ialah perjanjian tersebut mendapat halangan terbesar untuk dilaksanakan," beliau memberitahu 1News.

"Dan ia juga memberi mesej kepada kerajaan China, yang mana kami mempunyai hubungan yang baik, bahawa terdapat hubungan yang istimewa di sini antara Tokelau, Niue dan Kepulauan Cook serta kami sebahagian daripadanya. Itulah bahagian utama yang mereka (China) tidak iktiraf pada masa itu."

Tindakan mendesak China yang semakin meningkat terhadap Pasifik telah menimbulkan kegusaran di rantau itu, terutamanya merentasi Pasifik Selatan yang populasinya berselerak, di mana pulau kecil memegang zon ekonomi esklusif yang luas serta kaya dengan sumber marin dan nilai strategik yang boleh dipertimbangkan.

Beijing memberi respons terhadap deklarasi itu dengan menggesa supaya autonomi negara Pasifik dihormati. Jurucakap Kementerian Luar Negeri Mao Ning berkata China sanggup untuk menyambung kerjasama dengan Kepulauan Cook untuk "memperdalam kerjasama praktikal dan memperbaiki keadaan rakyat masing-masing."

'Keluarga' lwn. 'kawan'

Brown, walau bagaimanapun, menjelaskan satu perbezaan lebih jelas di antara hubungan Kepulauan Cook dengan New Zealand dan hubungannya dengan China.

Dalam temuramah pada 21 April dengan Checkpoint RNZ, Brown berkata New Zealand kekal "keluarga" kepada Kepulauan Cook dan "kemungkinan hubungan kami yang paling erat" antara rakan kongsi perkembangannya.

Beliau menggambarkan China, secara kontranya, sebagai "kawan yang sangat baik" yang telah menyokong keutamaan pembangunan Kepulauan Cook, terutamanya infrastruktur, selama hampir 30 tahun ikatan diplomatik.

Anna Powles, professor madya di Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Universiti Massey, berkata kemerosotan hubungan dalam tahun kebelakangan ini mencerminkan interpretasi berbeza terhadap tanggungjawab di bawah Deklarasi Seratus Tahun Bersama pada 2001.

Perjanjian baru itu, kata beliau, melangkaui jauh: "Apa yang perjanjian ini boleh bantu untuk menjelaskan fakta bahawa New Zealand bertindak sebagai pertahanan utama dan rakan kongsi keselamatan Kepulauan Cook serta itu menunjukkan ia adalah hubungan esklusif."

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link