Keselamatan

Data dihantar ke China: AMap apl navigasi China cetus kebimbangan keselamatan di Taiwan

Rakyat Taiwan sedang berdebat sama ada data pemetaan perlu dianggap sebagai infrastruktur kritikal keselamatan negara.

Foto illustrasi diambil di Suqian, wilayah Jiangsu, China, pada 10 September lalu menunjukkan aplikasi AMap milik Alibaba dipaparkan pada skrin telefon pintar. [Guo Dexin/CFoto melalui AFP]
Foto illustrasi diambil di Suqian, wilayah Jiangsu, China, pada 10 September lalu menunjukkan aplikasi AMap milik Alibaba dipaparkan pada skrin telefon pintar. [Guo Dexin/CFoto melalui AFP]

Oleh Chia Fei-mao |

Ciri pengiraan detik trafik pada AMap milik Alibaba telah menambahkan kebimbangan di Taiwan bahawa teknologi navigasi China tersebut boleh digunakan untuk mengumpulkan data lokasi sensitif dan aktiviti pemetaan tentang infrastruktur kritikal.

Ciri tersebut, yang dilancarkan di Taiwan pada pertengahan April, mendorong Kementerian Hal Ehwal Digital Taiwan untuk menyenaraikan AMap sebagai satu produk yang membahayakan maklumat keselamatan negara. Kementerian itu telah mengharamkan agensi kerajaan daripada menggunakan aplikasi itu.

Ketua Pengarah Biro Keselamatan Kebangsaan Taiwan (NSB) Tsai Ming-yen memberitahu penggubal undang-undang pada awal Mei bahawa AMap mengumpulkan senarai kenalan pengguna, data panggilan dan audio serta suapan video masa nyata, kemudian menghantar maklumat tersebut kembali ke pelayan di China. Beliau berkata pengumpulan itu berterusan walaupun selepas pengguna menutup aplikasi itu.

"Undang-undang keselamatan negara China mewajibkan syarikat-syarikat China untuk berkongsi data korporat dan pengguna. Oleh itu, AMap menimbulkan risiko keselamatan siber dan negara yang agak serius," kataTsai, menurut Central News Agency Taiwan.

AMap memaparkan pengiraan detik trafik masa nyata dan navigasi jalan 3D semasa pandu uji di Taiwan. Ciri-ciri tersebut telah mencetuskan perdebatan mengenai risiko pengumpulan data dan keselamatan negara yang dikaitkan dengan aplikasi navigasi China. [Facebook/MobileAI]
AMap memaparkan pengiraan detik trafik masa nyata dan navigasi jalan 3D semasa pandu uji di Taiwan. Ciri-ciri tersebut telah mencetuskan perdebatan mengenai risiko pengumpulan data dan keselamatan negara yang dikaitkan dengan aplikasi navigasi China. [Facebook/MobileAI]

NSB telah menjalankan siasatan dalaman terhadap AMap, menemui kebimbangan keselamatan siber dalam sembilan daripada 15 kategori penilaian. Institut Keselamatan Siber Kebangsaan Taiwan sedang menjalankan penilaian yang berasingan, dengan keputusan diijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

Pendedahan awam

Walaupun pengharaman terhadap penggunaan AMap hanya berkenaan dengan agensi kerajaan, penganalisis berkata risiko lebih luas terletak dalam cara aplikasi itu mengumpulkan maklumat masa nyata daripada pengguna biasa. Melalui data sumber khalayak, AMap boleh membina gambaran terperinci aliran trafik, corak pergerakan dan aktiviti berhampiran kawasan sensitif.

Dalam editorial Mei, Economic Daily News Taiwan memberi amaran: "Peta bukan semata-matanya alat navigasi. Corak trafik, pembahagian data ruangan dan maklumat strategik yang berpotensi yang dibawanya berkaitan dengan tadbir urus tanah negara dan perancangan pertahanan, menjadikannya, pada hakikatnya, infrastruktur keselamatan negara kritikal."

Cendekiawan strategi keselamatan negara Taiwan Chen Wen-chia memberitahu Focus News bahawa jika pengguna biasa terus menggunakan AMap, mereka mungkin tanpa menyedari membantu kuasa-kuasa jahat membina pangkalan data corak pergerakan jangka panjang di seluruh Taiwan.

Walaupun anggota tentera, kakitangan awam dan guru-guru dilarang daripada menggunakan aplikasi itu, Chen berkata data daripada penduduk yang berhampiran, ahli keluarga dan kontraktor boleh mendedahkan aktiviti di sekitar pangkalan tentera, pelabuhan, stesen radar dan pejabat kerajaan.

"Pengumpulan perisikan moden kini tidak lagi memerlukan pengintipan tradisional. Sejumlah besar peranti awam sudah cukup untuk membentuk satu 'rangkaian penderiaan sumber khalayak.' Corak aktiviti sosial Taiwan, nod pengangkutan dan infrastruktur kritikal boleh secara beransur-ansur ditukarkan oleh CCP [Parti Komunis China] kepada pangkalan data strategik yang boleh dianalisis dan diramalkan," kata Chen.

Kawalan data

Kes tersebut menekankan cabaran kawal selia yang lebih luas ketika data peta menjadi aset keselamatan negara, kata para penganalisis.

Setelah data AMap dihantar ke luar negara, Taiwan akan mempunyai keupayaan terhad untuk memantau penggunaan mereka, menuntut pemadaman mereka atau mengehadkan penggunaan sekundernya, Yang Chang-jung, felo penolong penyelidik di Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan Taiwan, menulis lebih awal pada bulan Mei.

"Apa yang AMap dedahkan bukanlah masalah yang melibatkan aplikasi tunggal, tetapi risiko struktur yang dicipta oleh aliran data rentas sempadan yang beroperasi di bawah sistem undang-undang yang berbeza. Taiwan sepatutnya menganggap data sebagai isu keselamatan negara dan bukannya sekadar hal maklumat peribadi; jika tidak, ia sebenarnya akan mengalami masalah untuk bertindak balas terhadap cabaran jangka masa panjang yang terlibat," tulis Yang.

Penelitian Grab

Kebimbangan itu melangkaui AMap. Platform e-panggilan dan penghantaran Grab di Asia Tenggara telah mengumumkan rancangan untuk memperoleh operasi platform penghantaran makanan foodpanda Taiwan, satu perjanjian yang sedang dikaji semula oleh Suruhanjaya Perdagangan Saksama Taiwan.

Laporan itu merujuk kepada syarikat gergasi e-panggilan China DiDi sebagai salah satu pemegang saham utama Grab, manakala beberapa firma China telah melabur sebelum ini dalam Grab dan anak syarikatnya GrabTaxi.

Platform pemetaan Grab, GrabMaps, mempunyai perkongsian yang meluas dengan Petal Maps Huawei, termasuk perjanjian untuk berkongsi data pemetaan. Grab telah memperkukuh kerjasama dengan beberapa syarikat pemanduan autonomi China, termasuk WeRide dan Momenta. Alibaba Cloud ialah antara penyedia perkhidmatan awan Grab.

Jika Grab menyelesaikan pemerolehan foodpanda dan memasuki Taiwan, beribu-ribu pekerja penghantaran boleh sebenarnya menjadi "pembina peta," membantu syarikat membangunkan semula rentak aktiviti bandar, kata Black Bear College, sebuah kumpulan penyokong pertahanan awam.

Data sedemikian boleh memudahkan navigasi dron yang tepat atau penyasaran operasi khas semasa masa perang, kata kumpulan itu.

Editorial Economic Daily News menggesa kerajaan Taiwan untuk mengkaji semula dasar maklumat geografiknya dan mewujudkan mekanisme penilaian risiko data rentas sempadan. Sebaliknya, Taiwan boleh menjadi penapis yang membocorkan data ruangan bernilai tinggi ketika ekonomi digital meningkat, katanya.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link