Keselamatan

China mendukung persetujuan tidak seimbang yang menuntut semula tuntutan Laut China Selatan yang dipertikaikan

China mendukung Tatakelakuan (COC) dengan negara-negara jiran yang menyokong tuntutannya yang dipertikaikan pada masa yang sama tentera lautnya mengamalkan taktik yang sangat agresif terhadap negara-negara tersebut.

Menteri Luar Negara China Wang Yi bercakap di sidang akhbar semasa Kongres Rakyat Kebangsaan yang sedang berlangsung di Beijing pada 7 Mac. Berhubung dengan pertikaian Laut China Selatan, Wang memberi amaran kepada Filipina bahawa 'pelanggaran dan provokasi akan ditimpa balasan.' [Greg Baker/AFP]
Menteri Luar Negara China Wang Yi bercakap di sidang akhbar semasa Kongres Rakyat Kebangsaan yang sedang berlangsung di Beijing pada 7 Mac. Berhubung dengan pertikaian Laut China Selatan, Wang memberi amaran kepada Filipina bahawa 'pelanggaran dan provokasi akan ditimpa balasan.' [Greg Baker/AFP]

Oleh Focus |

China sedang mendorong ke hadapan rundingan mengenai suatu Tatakelakuan (COC) Laut China Selatan dengan negara-negara jirannya dan pada masa yang sama secara agresif menegaskan tuntutan wilayahnya yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Bercakap di luar Kongres Rakyat Nasional yang sedang berlangsung pada 7 Mac, Menteri Luar Negara China Wang Yi mengumumkan bahawa kongres itu telah menyelesaikan bacaan ketiga teks COC.

COC tersebut menghadapi cabaran disebabkan kepentingan-kepentingan yang berbeza.

China, yang menuntut hampir 90% daripada Laut China Selatan, mahu COC meliputi kawasan yang dikawalnya sahaja, sekali gus mewujudkan rangka kerja untuk menyokong tuntutannya yang dipertikaikan, dan mencari rangka kerja tidak mengikat yang mengecualikan kuasa luar, seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah, dalam hal keselamatan serantau.

Foto yang diambil pada 14 Oktober ini menunjukkan sebuah helikopter sedang berlepas dari kapal frigat peluru berpandu BRP Jose Rizal Filipina di Laut China Selatan. Amerika Syarikat, negara-negara Kesatuan Eropah dan Jepun telah menambahkan penempatan tentera laut di rantau ini sepanjang tahun yang lalu. [Angkatan Tentera Filipina]
Foto yang diambil pada 14 Oktober ini menunjukkan sebuah helikopter sedang berlepas dari kapal frigat peluru berpandu BRP Jose Rizal Filipina di Laut China Selatan. Amerika Syarikat, negara-negara Kesatuan Eropah dan Jepun telah menambahkan penempatan tentera laut di rantau ini sepanjang tahun yang lalu. [Angkatan Tentera Filipina]

Sebaliknya, Filipina dan Vietnam mendesak supaya liputan kawasan yang dipertikaikan diperluaskan.

"China jelas mendapat manfaat daripada status quo kerana ia memupuk dan meluaskan kehadiran ketenteraannya di kawasan itu. Tetapi ASEAN [Association of Southeast Asian Nations] tidak boleh lalai kerana perairan yang dipertikaikan itu berubah secara kerap dan membimbangkan," tulis Jaime Naval, seorang saintis politik di Universiti Philippines Diliman.

Dalam artikel yang diterbitkan di Forum Asia Timur pada bulan November, Naval menonjolkan usaha strategik China untuk mempengaruhi COC dengan terma-terma yang memihak Beijing, seterusnya berkemungkinan meletakkan negara-negara penuntut ASEAN di kedudukan yang merugikan.

Ketegangan yang meningkat

Beijing menuntut sebahagian besar Laut China Selatan walaupun terdapat penghakiman antarabangsa yang memutuskan bahawa tuntutannya tidak mempunyai asas undang-undang, dan pengawal pantainya telah bertembung berulang kali dengan Filipina, mencetuskan kebimbangan konflik bersenjata.

Filipina telah menuduh China melakukan tindakan-tindakan maritim yang agresif, termasuk penggunaan meriam air, pergerakan berbahaya terhadap kapal-kapal Filipina dan penyekatan misi pembekalan semula Filipina ke pos-pos luar di perairan yang dipertikaikan.

Pencerobohan China yang semakin meningkat di perairan yang dipertikaikan kini dianggap sebagai ancaman terbesar kepada keselamatan negara Filipina, kata Setiausaha Pertahanan Gilberto Teodoro dalam satu wawancara pada 5 Mac.

"Ancaman luar yang paling besar sebenarnya adalah pencerobohan China, perluasan kuasa China dan percubaan China untuk mengubah undang-undang antarabangsa melalui penggunaan kekerasan atau anggapan persetujuan... atau percubaannya untuk membentuk semula susunan dunia kepada sesuatu yang dikawalnya," kata beliau.

Wang menyifatkan konfrontasi-konfrontasi maritim antara Beijing dan Manila sebagai "persembahan wayang" yang didalangi oleh Filipina untuk memburukkan reputasi China, dengan mendakwa bahawa kuasa luar dan media Barat telah memperbesar pertikaian-pertikaian ini.

Beliau menegaskan semula pendirian Beijing dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan hak maritimnya, termasuk ke atas Second Thomas Shoal dan Scarborough Shoal yang dipertikaikan, dan memberi amaran bahawa "pelanggaran dan provokasi akan ditimpa balasan" dan bahawa "mereka yang bertindak sebagai buah catur orang lain pasti akan dihapuskan."

Wang juga membidik ke atas Amerika Syarikat, mengkritik Strategi Indo-Pasifik Washington dan menuduhnya "mencetuskan masalah dan menimbulkan pertikaian" di rantau itu.

Menentang China

Sementara Beijing menegaskan tuntutannya, pelaku-pelaku serantau semakin berusaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan mengeratkan hubungan mereka dengan sekutu negara-negara Barat.

Tahun lalu telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam pengerahan tentera laut AS, Eropah dan Jepun di Laut China Selatan.

Diplomat-diplomat Eropah telah menonjolkan kehadiran negara-negara Barat yang semakin bertambah, menekankan niat mereka untuk mendukung ketertiban yang berasaskan peraturan-peraturan dan bukannya penglibatan dalam konfrontasi langsung, menurut laporan Nikkei Asia pada Mac.

"Pada 2024, terdapat lebih banyak orang Eropah di sini... lebih banyak kapal-kapal frigat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Itu adalah fakta," kata seorang diplomat kanan dari negara Barat kepada saluran berita tersebut, menegaskan bahawa kehadiran mereka menggariskan "kebebasan pelayaran, penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, dan penghormatan terhadap kedaulatan."

Tindakan maritim Beijing yang mendesak, bersama dengan pernambahan kerahan tentera laut negara-negara Barat, menandakan landskap keselamatan yang semakin kompleks dan tegang di Laut China Selatan.

Sementara perbincangan-perbincangan mengenai COC dijalankan, negara-negara ASEAN menghadapi cabaran untuk melibatkan diri secara diplomatik dengan China sambil mengukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan-rakan kongsi luar.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *