Oleh Jia Feimiao |
China telah mengumumkan rancangan untuk mewujudkan suatu rizab alam semula jadi peringkat kebangsaan di Scarborough Shoal (yang dikenali sebagai Pulau Huangyan di China) di Laut China Selatan, satu langkah yang dilihat secara meluas sebagai percubaan untuk mengukuhkan tuntutan kedaulatannya ke atas kawasan yang dipertikaikan.
Larangan pelbagai aktiviti
Scarborough Shoal, rantaian segi tiga terumbu dan batuan kira-kira 120 batu nautika barat Luzon, dituntut oleh China, Filipina dan Taiwan. Beijing merampas kawalan beting itu dari Manila pada 2012, dan sejak itu kapal-kapal pengawal pantai China kerap melakukan rondaan di perairan itu.
Pada 9 September, Beijing mengeluarkan arahan yang meluluskan pewujudan rizab itu. Di bawah Peraturan-Peraturan China mengenai Rizab Alam Semula Jadi, aktiviti-aktiviti seperti memancing, mengorek pasir dan pelancongan akan diharamkan di kawasan yang ditetapkan. China akan melarang kemasukan ke zon teras, manakala penyelidikan saintifik akan memerlukan kelulusan terlebih dahulu.
Dewan Negara "mengesa 'penambahan penyeliaan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap semua aktiviti haram dan luar biasa yang melibatkan rizab alam semula jadi itu,'" lapor AFP.
![Sebuah kapal perang tentera laut China (di latar belakang) melintasi tentera-tentera laut Australia yang berada dalam bot jenis rigid-hull inflatable semasa latihan ketenteraan maritim bersama Australia dengan Filipina dan Kanada berhampiran dengan Scarborough Shoal di Laut China Selatan pada 3 September. [Ted Aljibe/AFP]](/gc9/images/2025/09/19/52043-afp__20250903__739p8g3__v1__highres__philippinesaustraliacanadachinamaritimedefence__1_-370_237.webp)
Penguatkuasaan yang ketat
Pemerhati-pemerhati dari kedua-kedua China dan luar negara menjangkakan bahawa China akan melaksanakan kata-katanya.
"Ia ... bukan cakap-cakap semata-mata; PRC [Republik Rakyat China] mempunyai keupayaan untuk menguatkuasakan," Collin Koh, felo kanan di Sekolah Kajian Antarabangsa S. Rajaratnam Singapura, menulis di X.
China akan mengambil "langkah-langkah sokongan yang kuat" terhadap penceroboh, Ding Duo, seorang penyelidik di Institut Kebangsaan Kajian Laut China Selatan di Beijing, memberitahu South China Morning Post.
Rondaan yang dipertingkatkan bakal dilakukan, Yen-Chiang Chang, pengarah Institut Penyelidikan Laut Kuning dan Laut Bohai di Universiti Maritim Dalian, memberitahu Yuyuan Tantian, akaun media sosial yang berkaitan dengan China Central Television.
Pesawat, kapal-kapal pengawal pantai, bot tanpa pemandu dan dron udara mungkin digunakan.
“Tidak seperti perondaan sebelum ini, perondaan mulai sekarang akan lebih memfokuskan kepada rutin dan secara tetap,” kata Chang kepada Yuyuan Tantian, menurut South China Morning Post.
Reaksi pihak China terhadap pertembungan pada 11 Ogos
Ketegangan terhadap Scarborough Shoal telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Pada 11 Ogos, sebuah kapal pengawal pantai China mengejar sebuah kapal bekalan semula pengawal pantai Filipina.Kapal China itu hilang kawalan semasa pengejaran dan berlanggar dengan sebuah kapal pemusnah tentera laut China yangditempatkan berhampiran dengan beting tersebut.
Pewujudan rizab itu adalah "secara jelas suatu tindak balas terhadap insiden 11 Ogos itu," Koh membuat teori di X.
"[S]ekiranya model rizab alam semula jadi Scarborough Shoal ini berjaya, ia mungkin berpotensi mengembangkan skim ini di ciri lain di EEZ Filipina [Zon Ekonomi Eksklusif]," tambahnya, merujuk kepada China.
Sejak Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. memegang jawatan tiga tahun yang lalu, pertikaian kedaulatan antara Manila dan Beijing telah menjadi semakin sengit. Pada bulan Ogos,Institut Xinhua China mengeluarkan satu siri laporan yang bertajukKebenaran Mengenai Laut China Selatan, dengan menuduh "kuasa-kuasa luar" menghasut Filipina untuk meningkatkan ketegangan dengan China.
Pihak lain menolak hujah-hujah Beijing
Reaksi dari negara-negara lain terhadap rancangan China adalah pantas dan tidak bersifat mudah bertolak ansur.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengemukakan "bantahan keras" terhadap rizab itu, manakala Penasihat Keselamatan Negara Filipina Eduardo Año menolak motif alam sekitar yang dinyatakan oleh Beijing.
"Ia adalah alasan yang jelas ke arah pendudukan akhirnya," kata Año.
Amerika Syarikat "berdiri bersama sekutu Filipina kami" dalam menolak langkah China yang menyahstabilkan keadaan, kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio di X, menggelarkannya "satu lagi percubaan paksaan untuk memajukan kepentingan China dengan mengorbankan jirannya dan kestabilan serantau."
Kementerian Luar Negeri Taiwan menggelarkan tindakan itu sebagai bukti pemikiran hegemoni China dan ancaman kepada keamanan serantau. Taiwan tetap bersedia untuk bekerjasama dengan Filipina dan negara-negara lain untuk menyelesaikan pertikaian secara aman, katanya.
Pada bulan lepas, Menteri Luar Negeri Taiwan Lin Chia-lung membuat lawatan awam yang jarang ke Filipina. Agensi Berita Pusat Taiwan yang memetik sumber diplomatik berkata perjalanan itu menandakan satu kejayaan bagi usaha Taiwan untuk mengembangkan ruang diplomatik dan mengukuhkan perkongsian strategiknya dengan Manila.
Taiwan di bawah Presiden Lai Ching-te kelihatan selari berurusan dengan Filipina dalam mengkritik Beijing secara terbuka, Huang Kui-bo, profesor diplomasi di Universiti Nasional Chengchi di Taipei, memberitahu Focus.
Penuntut-penuntut saingan di China Selatan "bukan sahaja akan menolak penguatkuasaan Beijing tetapi akan terus mencabarnya," kata Ian Chong, seorang saintis politik di Universiti Nasional Singapura, kepada Focus.
![Satu imej satelit Scarborough Shoal, di mana China pada 10 September mengumumkan rizab alam semula jadi yang meliputi kira-kira 8,700 ekar di sepanjang bahagian timur laut terumbu tersebut, termasuk zon teras di terumbu dan 'zon eksperimen' bersebelahan. [AMTI/CSIS]](/gc9/images/2025/09/19/52042-scarborough_eez-370_237.webp)
Bagus
Bagus