Keupayaan

Filipina, Jepun tandatangani perjanjian logistik ketenteraan, umumkan geran untuk pertahanan dan jalur lebar

Jepun berhasrat untuk membantu Filipina dalam hal ehwal daripada aspek keselamatan maritim sehinggalah menaik taraf telekom awam.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Filipina Ma. Theresa Lazaro (kiri) dan Menteri Luar Negeri Jepun Toshimitsu Motegi bertukar dokumen setelah menandatangani perjanjian di Pasay, Metro Manila, pada 15 Januari. [Jam Sta Rosa/AFP]
Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Filipina Ma. Theresa Lazaro (kiri) dan Menteri Luar Negeri Jepun Toshimitsu Motegi bertukar dokumen setelah menandatangani perjanjian di Pasay, Metro Manila, pada 15 Januari. [Jam Sta Rosa/AFP]

Oleh Shirin Bhandari |

Filipina dan Jepun telah menandatangani satu perjanjian logistik yang membolehkan masing-masing membekalkan keperluan ketenteraan semasa operasi dan latihan bersama. Kerjasama yang semakin berkembang antara kedua-dua rakan sekutu AS itu datang susulan ketegangan maritim dengan China yang berterusan.

China mempunyai pertikaian dalam wilayah maritim dan pulau-pulau dengan kedua-dua negara terbabit, begitu juga dengan negara-negara Indo-Pasifik lain.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Ma. Theresa Lazaro dan Menteri Luar Negeri Jepun Toshimitsu Motegi menandatangani Perjanjian Perolehan dan Perkhidmatan Silang (ACS) di Metro Manila pada 15 Januari.

Penyelerasan bekalan semula angkatan tentera

Penandatanganan itu berlaku ketika Manila dan Tokyo menyambut ulang tahun ke 70 normalisasi hubungan diplomatik. Perjanjian tersebut menetapkan prosedur untuk pemberian sokongan secara timbal balik seperti minyak, makanan, senjata dan bekalan yang lain, termasuk beberapa barangan tertentu yang bebas cukai, apabila kedua-dua tentera negara tersebut menjalankan aktiviti bersama.

Jepun menggambarkan perjanjian itu sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih meluas untuk memperkukuh koordinasi dengan Manila di sepanjang perairan yang kritikal.

"Filipina menghadap laluan laut yang penting, termasuklah Laut China Selatan dan Selat Luzon, dan memainkan peranan penting dalam keselamatan serantau. Tambahan pula, Filipina merupakan rakan kongsi strategik yang mana Jepun sedang memperkuat hubungan ke arah merealisasikan Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka," kata Kementerian Luar Negeri Jepun dalam satu kenyataan.

Perjanjian itu "menggambarkan kerjasama yang erat dan berkembang antara Filipina dan Jepun di bawah Perkongsian Strategik yang Diperkuat, dan menyokong kerjasama berterusan merentasi kawasan yang utama dalam hubungan ini," kata Lazaro.

Perkongsian ini berasaskan kepada prinsip yang dikongsi bersama, kata Lazaro, menyatakan, "Kami berdua masing-masing mengiktiraf nilai yang menggalakkan kedaulatan undang-undang, termasuk kebebasan berlayar dan penerbangan, terutamanya di Laut China Selatan," menurut Associated Press.

Melangkaui kesiapsiagaan pertempuran, pegawai-pegawai yang dilantik ACSA turut membantu dalam misi kemanusiaan. Susunan tersebut dijangka dapat meningkatkan tindak balas bersama terhadap bencana alam dan menyokong pembabitan dalam operasi keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. operations.

ACSA melengkapi Perjanjian Akses Timbalbalik (RAA) yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada 2024, yang membenarkan mereka mengerahkan anggota ke wilayah masing-masing semasa latihan berskala besar.

RAA berkuatkuasa pada bulan September lepas, meluaskan rangka kerja undang-undang untuk latihan yang mana akan disokong ACSA dengan logistik dan pelbagai perkhidmatan. Walaupun ACSA memerlukan ratifikasi daripada penggubal undang-undang Jepun, Manila boleh menggubalnya tanpa ratifikasi senat, menurut laporan media Filipina.

Pertolongan tentera laut dan telekom

Sementara itu, Jepun mengumumkan pembiayaan 900 juta JPY ($5.6 juta) dalam Bantuan Keselamatan Rasmi (OSA) untuk memodenkan tentera Filipina. Projek infrastruktur pertama OSA termasuk pembinaan rumah-rumah bot dan susur laluan untuk tentera laut Filipina.

Urusan pembiayaan ini susulan daripada penghantaran sistem radar pantai ke Manila di bawah program yang sama. "Untuk Filipina, sangat penting untuk meningkatkan kapasiti kesedaran domain maritim dan keselamatan maritim," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Jepun Kitamura Toshihiro.

Secara berasingan, kedua-dua pihak menandatangani geran bernilai 1.63 billion JPY ($10.3 juta) Program Pembangunan Ekonomi dan Sosial untuk membekalkan peralatan komunikasi tanpa wayar ke wilayah Basilan, Sulu and Tawi-Tawi. Rantau di Mindanao ini dari sejarahnya ketinggalan dalam infrastruktur kerana keadaan geografi dan kebimbangan keselamatan.

Projek ini bertujuan menghapuskan jurang digital dengan mewujudkan transmisi gelombang mikro radio untuk sekolah, hospital dan pusat-pusat kemudahan kerajaan.

Pertikaian dengan China

Perjanjian itu berlaku susulan daripada pertikaian berterusan Filipina dan China di Laut China Selatan, di mana China menuntut hampir keseluruhan laluan air dan meluaskan kehadiran pengawal pantai dan tentera laut.

Satu tribunal antarabangsa pada 2016 telah menolak asas undang-undang tuntutan kedaulatan China' yang berkembang, walaupun Beijing tidak menerima keputusan tersebut. Jepun juga berhadapan pergeseran yang sama dengan China di Laut China Timur, di mana Beijing secara rutin menggerakkan kapal-kapalnya berhampiran dengan pulau-pulau yang dikawal Jepun.

Untuk lebih menjamin perkongsian yang semakin berkembang ini, pegawai-pegawai Jepun dan Filipina sekarang sedang berunding mengenai perjanjian tambahan untuk melindungi risikan tentera yang dikongsi bersama, lapor Associated Press.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link