Keupayaan

Filipina, AS, Jepun kembangkan latihan ketenteraan bersama ke Selat Bashi berhampiran Taiwan

Pasukan rondaan tersebut menguji koordinasi maritim-udara di utara Luzon, mendorong aktiviti kerjasama rakan sekutu itu melangkaui Laut China Selatan.

Tiga pesawat ringan serangan Super Tucano angkatan tentera udara Filipina terbang melalui ruang udara Laut Filipina Barat semasa Aktiviti Kerjasama Maritim Pelbagai Hala ke-15 (MMCA) dari 20 ke 26 Februari. [Angkatan Tentera Filipina]
Tiga pesawat ringan serangan Super Tucano angkatan tentera udara Filipina terbang melalui ruang udara Laut Filipina Barat semasa Aktiviti Kerjasama Maritim Pelbagai Hala ke-15 (MMCA) dari 20 ke 26 Februari. [Angkatan Tentera Filipina]

Oleh AFP dan Focus |

MANILA -- Tentera Filipina, AS dan Jepun baru-baru ini mengadakan latihan maritim dan udara bersama di perairan utara Luzon, termasuk laluan ke Selat Bashi yang memisahkan Filipina daripada Taiwan, kata pegawai.

Dalam satu kenyataan, Angkatan Tentera Filipina berkata Aktiviti Kerjasama Maritim Pelbagai Hala (MMCA) ke-15 dari 20 hingga 26 Februari di Laut Filipina Barat dibuat serupa dengan aktiviti latihan pada awal tahun ini dan menonjolkan 'pengembangan mendalam' ketiga-tiga negara tersebut dalam kerjasama maritim.

Pesawat daripada ketiga-tiga negara tersebut membuat rondaan di pulau-pulau paling utara di Batanes dalam latihan ketenteraaan yang bertujuan untuk menunjukkan "kemampuan untuk beroperasi bersama dengan lancar dalam persekitaran maritim yang kompleks," kata tentera Filipina.

Kali pertama MMCA bersama melangkaui Laut China Selatan

Ia menandakan kali pertama MMCA melibatkan tiga buah negara yang meluaskan operasi melangkaui Laut China Selatan, di mana Filipina dan China telah terlibat dalam pertembungan berulang terhadap wilayah yang dipertikaikan.

Dari kiri, BRP Antonio Luna, BRP Gabriela Silang dan USS Dewey berlayar dalam formasi di Laut Filipina semasa MMCA di Zon Ekonomi Eksklusif Filipina pada 25 Februari. [Oscar Diaz/Tentera Laut AS]
Dari kiri, BRP Antonio Luna, BRP Gabriela Silang dan USS Dewey berlayar dalam formasi di Laut Filipina semasa MMCA di Zon Ekonomi Eksklusif Filipina pada 25 Februari. [Oscar Diaz/Tentera Laut AS]
Dari kiri, USS Dewey, BRP Antonio Luna dan BRP Gabriela Silang berlayar dalam formasi di Laut Filipina semasa MMCA di Zon Ekonomi Eksklusif Filipina pada 25 Februari. [Oscar Diaz/Tentera Laut AS]
Dari kiri, USS Dewey, BRP Antonio Luna dan BRP Gabriela Silang berlayar dalam formasi di Laut Filipina semasa MMCA di Zon Ekonomi Eksklusif Filipina pada 25 Februari. [Oscar Diaz/Tentera Laut AS]

Lebih kurang 100km memisahkan Filipina dengan Taiwan yang diperintah sendiri, di mana China melihatnya sebagai wilayahnya dan tidak menolak untuk merampasnya dengan kekerasan.

"Operasi udara dilakukan dalam lingkungan ruang udara wilayah Filipina dan wilayah lautnya, utara Luzon," tentera Filipina berkata dalam satu kenyataan, menambah bahawa kapal tentera laut telah berada di barat rantaian pulau Batanes.

Jurucakap tentera Kol. Xerxes Trinidad memberitahu AFP ia adalah "kali pertama" operasi MMCA telah dijalankan di "kotak operasi tersebut."

Kotak itu adalah sepenuhnya berada di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Filipina, kata Trinidad.

Kenyataan tentera Filipina menggambarkan kotak itu mengembang "sehinggalah ke bahagian atas utara Luzon, khususnya pulau Mavulis," yang menempatkan kumpulan kecil tentera laut Filipina dan peralatan marin.

Rondaan udara melangkau sejauh ke utara seperti ke Selat Bashi, tetapi kapal yang terlibat kekal berada dalam perairan Filipina dan tidak masuk ke selat, Trinidad berkata.

Tentera Filipina menyenaraikan aset Filipina yang mengambil bahagian termasuklah frigat peluru berpandu tentera laut kelas-Jose Rizal BRP Antonio Luna dengan helikopter AW-159, bersama-sama pesawat perang Filipina seperti jet fighter FA-50 fighter, kapal terbang utiliti C-208B dan kapal terbang serangan ringan A-29 Super Tucano serta sebuah helikopter cari dan menyelamat Sokol.

Ia turut menyatakan bahawa pengawal pantai Filipina mengerahkan kapal peronda pesisir BRP Gabriela Silang, menggambarkan pendekatan keseluruhan negara untuk melindungi domain maritim negara, menurut Agensi Berita Filipina.

Tentera AS berkata unit yang terlibat merangkumi pesawat P-3C Jepun, USS Dewey dan sebuah pesawat P-8A Poseidon, kata Pentagon.

Aktiviti tersebut merangkumi pengisian semula di laut, kelayakan pendaratan dek dan latihan komunikasi, katanya.

BRP Antonio Luna menjalankan latihan tembakan meriam secara langsung untuk mengesahkan ketepatan sasaran dan kesiapsiagaan pertempuran, sebelum menamatkannya dengan taklimat selepas latihan dan semakan serta merta bagi mendapatkan pengajaran untuk operasi masa hadapan, kata Manila.

Kemarahan daripada Beijing

Tentera China berespons secara marah terhadap latihan tersebut pada 27 Februari.

"Filipina telah mengajak negara-negara lain di luar rantau untuk sama-sama menganjurkan apa yang dikatakan rondaan bersama, menggugat keamanan dan kestabilan di rantau ini," kata Zhai Shichen, jurucakap bagi Komando Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat.

China menjalankan "rondaan rutin" di Laut China Selatan dari 23–26 Februari, katanya.

Ketegangan antara Jepun dan China telah meningkat sejak November, apabila Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi menyatakan bahawa Tokyo boleh masuk campur secara ketenteraan dalam mana-mana serangan ke atas Taiwan.

Beijing mengenakan sekatan eksport dan memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak melawat Jepun, sementara menuduh Jepun cuba untuk "membangkitkan semula militarisme."

Menteri pertahanan Jepun memburukkan keadaan pada minggu lepas dengan menyatakan bahawa Jepun berhasrat untuk menempatkan peluru berpandu darat ke udara di salah sebuah pulau barat yang terpencil terletak berhampiran Taiwan pada awal tahun 2031.

Filipina akan turut terseret "menjerit dan meronta-ronta" jika berlaku apa-apa peperangan dengan Taiwan, kata Presiden Filipina Ferdinand Marcos pada Ogos lepas.

"Saya harap ia tidak akan berlaku... Namun jika ia berlaku, kami harus sudah ada rancangan mengenainya," katanya, memetik jumlah ramai rakyat Filipina yang berkerja di Taiwan.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link