Politik

Kebanyakan rakyat China pilih hubungan damai dengan Taiwan: tinjauan

Setiap kumpulan demografi dalam tinjauan di China mempunyai pandangan yang positif terhadap Taiwan. Sebilangan kecil responden memilih pencerobohan besar-besaran ke atas pulau itu jika ia mengisytiharkan kemerdekaan.

Bangunan pencakar langit Taipei 101 dapat dilihat dari sebuah kuil di Taipei pada 10 Jun lepas. Satu tinjauan terbaharu mendapati kebanyakan responden rakyat China memilih pendekatan aman dan bukan ketenteraan dalam berurusan dengan Taiwan. [I-Hwa Cheng/AFP]
Bangunan pencakar langit Taipei 101 dapat dilihat dari sebuah kuil di Taipei pada 10 Jun lepas. Satu tinjauan terbaharu mendapati kebanyakan responden rakyat China memilih pendekatan aman dan bukan ketenteraan dalam berurusan dengan Taiwan. [I-Hwa Cheng/AFP]

Oleh Wu Qiaoxi |

Kebanyakan rakyat China menyokong pendekatan aman dan bukan ketenteraan dalam memperbaiki hubungan dengan Taiwan, menurut satu tinjauan baharu. Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa rakyat China mengutamakan pertukaran ekonomi dan ikatan budaya berbanding yang lain. Mereka mencerminkan pilihan untuk kuasa "lembut" berbanding campur tangan ketenteraan.

Tinjuan itu juga menunjukkan walaupun terdapat sokongan yang lebih kuat untuk langkah tegas secara terhad dalam pengisytiharan formal kemerdekaan Taiwan, sokongan untuk serangan ketenteraan secara besar-besaran kekal rendah secara signifikan berbanding pilihan lain.

China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan berulang kali mengugut untuk merampasnya melalui kekerasan.

Pusat Carter dan Universiti Emory (kedua-duanya berpangkalan di Atlanta, Georgia) menjalankan tinjauan itu di bawah projek China Pulse, satu tinjauan dua kali setahun mengenai pendapat masyarakat awam China berkenaan hal ehwal antarabangsa. Ia melibatkan 2,506 rakyat China dewasa di antara 27 Oktober dan 1 Januari, susulan tinjauan awal 1,428 responden yang dijalankan di antara 7 Julai dan 15 Ogos.

Sokongan padu untuk pilihan bukan ketenteraan

Apabila ditanya bagaimana cara memperbaiki hubungan rentas selat, para responden meluahkan sokongan padu mereka untuk tindakan bukan ketenteraan.

Selain mempromosi ikatan budaya (86%) dan hubungan ekonomi yang lebih baik (81%), 68% majoriti menyokong melonggarkan sekatan ke atas kediaman ahli perniagaan Taiwan dan pelajar di tanah besar China. Tambahan pula, 54% menyokong rundingan perjanjian damai, sementara hanya kira-kira sekitar satu perempat menyokong sekatan ekonomi yang tidak diprovokasi.

Laporan itu menunjukkan perasaan masyarakat awam China terhadap Taiwan "sedikit mesra dalam penggal kedua tahun 2025." Pada 100 markah thermometer perasaan, skor purata Taiwan meningkat daripada 57 dalam tinjauan Julai-Ogos kepada 62 dalam tinjauan terbaharu. Secara jelasnya, tiada kumpulan demografi dalam mana-mana tinjauan merekodkan rating negatif.

Strategi geopolitik dan persaingan teknologi bukan menjadi sebab utama responden rakyat China menganggap Taiwan sebagai penting. Sebaliknya, 80% daripada respondents berkata penyatuan akan menyelesaikan satu "isu sejarah yang berlarutan," dan 71% berkata ia akan mencerminkan warisan budaya yang dikongsi bersama. Secara perbandingan, kurang separuh (45%) menyatakan industri semikonduktor Taiwan sebagai nilai penting Taiwan kepada tanah besar.

Namun begitu, tinjauan tersebut tidak mengarah ke kumpulan yang benar-benar pasifis.

Dalam tinjauan terbaharu, 38% bersetuju Taiwan tidak perlu bersatu dengan kuasa ketenteraan "di bawah apa-apa keadaan," manakala 47% tidak bersetuju. Hasil and tinjauan ini mewakili peralihan dari tinjauan Julai-Ogos 2025, di mana majoriti kecil (51%) held that dovish position. Laporan itu membuat kesimpulan bahawa keputusan tinjauan tidak menunjukkan komitmen jelas sama ada ke pasifisme atau militarisme.

Pandangan menjadi lebih keras dalam senario hipotetikal di mana Taiwan mengisytiharkan kemerdekaan de jure . Dalam kes itu, masyarakat awam memilih serangan terhad di pulau-pulau pesisir (81%) berbanding serangan tentera besar-besaran (32%). Sekatan ekonomi pula menarik majoriti 62%.

Menentang perang

Walau bagaimanapun, laporan tersebut menunjukkan kepada had yang jelas untuk sokongan perang. Dua kali ganda responden bersetuju (50%) berbanding tidak bersetuju (24%) bahawa "penggunaan tindakan ketenteraan hanya mengakibatkan isu Taiwan bertambah buruk." Sentimen ini dapat menjelaskan bagaimana sokongan kekal kukuh untuk tekanan pencerobohan berbanding perang besar-besaran merentasi Selat Taiwan.

Corak demografi mencadangkan supaya tindakan berjaga-jaga terhadap kumpulan tertentu. Wanita lebih terdorong berbanding lelaki untuk menentang penyatuan melalui kekerasan, dengan 40% daripadanya bersetuju bahawa Taiwan tidak patut disatukan melalui kuasa tentera di bawah apa-apa keadaan, berbanding 36% lelaki. Responden berpendapatan rendah lebih menyokong tindakan esklusif secara aman; di antara pendapatan terendah, 54% bersetuju dengan pendapat itu, berbanding dengan satu perempat yang mempunyai pendapatan tertinggi.

Tinjauan itu meletakkan isu Taiwan dengan konteks keselamatan yang lebih luas. Di antara reponden rakyat China yang melihat Amerika Syarikat sebagai ancaman keselamatan negara, 83% meletakkan isuTaiwan sebagai bahaya terbesar, di hadapan polisi ekonomi AS (80%), pengaruh nilai budaya AS (46%) dan isu demokrasi dan hak asasi manusia (31%). Peratusan penuh melebihi 100% kerana responden boleh memilih pelbagai isu.

Secara keseluruhan, tinjauan tersebut mendapati bahawa walaupun ramai rakyat China kekal komited dengan kesatuan secara prinsipnya, mereka lebih memilih kebudayaan, ekonomi dan langkah-langkah secara perundingan berbanding konflik utama.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link