Oleh Joyce Huang |
China mengetatkan pendiriannya terhadap Taiwan dengan menghukum ahli politik asing dan wartawan yang didakwa melanggar garis merahnya. Langkah itu bertujuan untuk terus mengasingkan pulau demokratik itu, kata para penganalisis.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri China Mao Ning mengesahkan pada 4 Jun bahawa Beijing telah mengenakan sekatan masuk selama setahun kepada empat penggubal undang-undang New Zealand yang melawat Taipei pada bulan Mei walaupun ditentang China.
"Tindakan mereka telah mencemari prinsip satu China dan campur tangan dalam urusan dalaman China," kata Mao pada satu sidang media.
"Sesiapa yang melanggar garis [merah] dalam isu Taiwan akan mendapat balasannya," tambahnya.
![Presiden Taiwan Lai Ching-te menyertai temu bual Sidang Kemuncak New York Times DealBook melalui sidang video pada bulan Disember. China kemudiannya mengaitkan acara itu dengan tindakannya yang mengusir wartawan New York Times. [Pejabat Presiden Republik China (Taiwan)]](/gc9/images/2026/06/08/56490-2-370_237.webp)
Inilah kali pertama China mengenakan sekatan sedemikian terhadap ahli-ahli politik New Zealand, walaupun Beijing kerap menyekat kemasukan ahli-ahli politik Eropah atau A.S. kerana naratif yang menyokong Taiwan mereka.
Tekanan terhadap hubungan dengan Taiwan
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon menyifatkan sekatan China sebagai "sangat tidak wajar," menyatakan ahli-ahli parlimen tersebut tidak mewakili kerajaan dan mengambil bahagian lawatan parlimen yang merupakan "tradisi yang sudah lama diamalkan".
Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan New Zealand mengecam sekatan tersebut. "Lawatan-lawatan tersebut bukanlah bercanggah dengan dasar Satu China New Zealand," katanya.
"Laura McClure, salah seorang penggubal undang-undang yang disekat, memberitahu Radio New Zealand bahawa dia "agak terkejut dan tidak menyangka" serta menggelar sekatan itu sebagai "satu bentuk intimidasi." Katanya beliau "tidak akan memohon maaf" kerana berkunjung ke Taiwan.
Seperti Amerika Syarikat, New Zealand mengekalkan dasar "satu China" manakala meneruskan hubungan tidak rasmi dengan Taiwan.
Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mengehadkan penglibatan antarabangsa Taiwan, kata penganalisis.
"China terus menghimpit ruang angkasa antarabangsa Taiwan, yang bertujuan untuk mengekang Taiwan dalam kerangka [domestik] rentas selat," kata Arthur Ding, seorang profesor emeritus yang mengkhusus dalam politik China di National Chengchi University di Taipei, kepada Focus.
Beijing juga menggunakan sekatan sebagai senjata, yang mana boleh dirunding atau dibatalkan jika ia dilihat dapat memperbaiki hubungan luar, tambah Ding.
Wartawan diusir
Dalam kes berasingan, China mengesahkan bahawa ia sudah mengusir wartawan New York Times pada bulan Februari.
Suratkhabar itu mendedahkan bahawa China bertindak balas terhadap wartawan yang berpangkalan di Beijing itu sebagai respons kepada kemunculan Presiden Taiwan Lai Ching-te dalam sidang video di sidang kemuncak New York Times DealBook pada bulan Disember.
Vivian Wang, koresponden China untuk suratkhabar itu sejak tahun 2020, tidak memainkan sebarang peranan dalam acara DealBook tersebut. The Times berkata para pegawai China telah membuat aduan selama berbulan-bulan mengenai laporannya, yang sering kali mengemukakan topik-topik yang dianggap sensitif oleh Beijing.
Washington memberi reaksi dengan menarik balik visa warga China yang bekerja di Amerika Syarikat untuk agensi berita China Xinhua, The Times memetik seseorang yang memaklumkan keputusan tesebut.
Dalam respons kepada pengusiran tersebut, jurucakap Kementerian Luar Negeri China Lin Jian menuduh The Times "memberikan platform kepada pihak berkuasa Taiwan untuk mempromosi retorik pemisah kemerdekaan yang menyokong Taiwan."
Kesan menakutkan
Dalam kenyataan di Facebook, jurucakap presiden Taiwan, Kuo Ya-hui (Karen Kuo), mengutuk tindakan China terhadap New Zealand. Usaha Beijing untuk menekan organisasi-organisasi media supaya tidak berhubung dengan Lai membahayakan kebebasan media serta keselamatan para wartawan, katanya.
Badan pemerhati kewartawanan antarabangsa Reporters Without Borders (RSF) mengutuk tindakan keras China yang berterusan terhadap kedua-dua wartawan tempatan dan antarabangsa.
Pengusiran Wang oleh Beijing telah menimbulkan kesan menakutkan di kalangan wartawan-wartawan asing yang bekerja di sana, kata Pengurus Advokasi RSF yang berpangkalan di Taipei Aleksandra Bielakowska.
"Saya rasa rejim China ingin menyampaikan satu mesej kepada semua media yang berada di China, memberitahu mereka bahawa jika anda terus melaporkan mengenai Taiwan, anda mungkin yang seterusnya … disekat daripada memasuki China," kata Bielakowska kepada Focus.
Beijing menggunakan Taiwan sebagai alasan untuk mengusir Wang ketika China telah lama menyasarkan wartawan etnik China sepertinya, kata beliau. Kefasihan wartawan terbabit dalam bahasa Mandarin memperluas akses mereka kepada sumber-sumber dan membolehkan mereka membuat laporan yang lebih bebas.
Beijing mengamalkan strategi dua visa dengan menghukum wartawan-wartawan yang tidak ramah atau memberikan visa jangka panjang kepada mereka yang disukainya, kata Bielakowska.
China merupakan penjara wartawan terbesar di dunia dengan 113 kini dipenjarakan, menurut anggaran RSF. Dalam Indeks Kebebasan Wartawan Dunia RSF 2026, China menduduki tempat ke-178 daripada sejumlah 180 buah negara. Cuma Korea Utara dan Eritrea disenaraikan sebagai lebih menindas.
![Para penggubal undang-undang New Zealand Laura McClure (kiri), Maureen Pugh (tengah kiri), Duncan Webb (tengah kanan) dan David Wilson (kanan) bergambar semasa lawatan ke Taiwan pada bulan Mei. China kemudian menyekat keempat-empat penggubal undang-undang tersebut daripada memasuki China selama setahun mengenai lawatan itu. [Kementerian Luar Negeri Taiwan/AFP]](/gc9/images/2026/06/08/56491-nz_mps-370_237.webp)