Keselamatan

Rancangan Australia tuntut semula kawalan Pelabuhan Darwin cetuskan ketegangan dengan China

Pertikaian itu mencerminkan persaingan strategik yang lebih luas antara Australia dan China dan menunjukkan peningkatan kebimbangan terhadap perubahan dinamik geopolitik.

Foto tidak bertarikh ini menunjukkan pandangan dari udara Pelabuhan Darwin. [Pelabuhan Darwin]
Foto tidak bertarikh ini menunjukkan pandangan dari udara Pelabuhan Darwin. [Pelabuhan Darwin]

Oleh Jarvis Lee |

Kerajaan Australia sedang mempertimbang untuk menuntut semula kawalan ke atas Pelabuhan Darwin yang secara strategiknya penting di utara negara itu, satu langkah yang telah mencetuskan pergeseran diplomatik dengan China.

Sejak 2015, pajakan pelabuhan itu selama 99 tahun dipegang oleh syarikat China Landbridge Group, suatu urus niaga yang masih menjadi kontroversi di peringkat domestik dan antarabangsa.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menyatakan pendiriannya dengan jelas semasa kempen pemilihan semulanya pada bulan April, bahawa pelabuhan itu harus "berada di tangan Australia."

Idea yang boleh dilaksanakan antaranya kumpulan dana pencen Australia membeli pelabuhan itu daripada Landbridge Group, katanya.

Foto tidak bertarikh ini menunjukkan Duta Besar China ke Australia Xiao Qian (kiri) sedang memeriksa operasi syarikat China Landbridge Group di Pelabuhan Darwin. [Kedutaan China di Canberra]
Foto tidak bertarikh ini menunjukkan Duta Besar China ke Australia Xiao Qian (kiri) sedang memeriksa operasi syarikat China Landbridge Group di Pelabuhan Darwin. [Kedutaan China di Canberra]

Keputusan itu dibuat berdasarkan kebimbangan mengenai keselamatan negara, katanya, mengulangi komitmen kerajaan untuk melindungi kedaulatan negara.

Jika ia mencapai ke tahap di mana Komanwel perlu campur tangan secara langsung, maka kami akan bersedia untuk melakukannya," katanya.

Kenyataan itu menimbulkan bantahan keras daripada Beijing.

"Perusahaan dan projek sedemikian patut digalakkan, bukan dihukum. Dari segi etika boleh dipersoalkan iaitu ketika pelabuhan itu tidak menguntungkan ia dipajak dan kemudiannya apabila ia sudah memberi keuntungan mereka berusaha untuk menuntutnya semula," kata Duta Besar China ke Australia Xiao Qian semasa wawancara bersama media pada akhir Mei.

Xiao menggesa kerajaan Australia supaya menghormati perjanjian pajakan dengan Landbridge Group.

Kumpulan Landbridge telah membuat pelaburan yang signifikan di Pelabuhan Darwin dan telah banyak menyumbang kepada ekonomi tempatan, kata Xiao, sambil menambah bahawa menuntut semula pajakan pelabuhan akan memberi kesan buruk kepada kerjasama ekonomi dan kepercayaan antara kedua-dua negara.

Pelabuhan strategik

Pelabuhan Darwin mempunyai nilai strategik kerana berdekatan dengan pangkalan tentera utama Australia.

Terletak di utara Australia berhampiran Asia Tenggara, ia memainkan peranan penting dalam kerjasama ketenteraan AS-Australia. Setiap tahun, Kor Marin AS menjalankan penggiliran tugas setiap enam bulan berdekatannya, dan kedua-dua negara telah banyak melabur dalam mengembangkan infrastruktur ketenteraan di utara untuk mengukuhkan keupayaan pertahanan serantau.

Perjanjian 2015 dengan Landbridge, yang membayar 506 juta AUD ($329 juta) untuk pajakan 99 tahun, telah menarik perhatian kerajaan AS pada masa itu. Washington melahirkan kebimbangan bahawa kawalan China ke atas infrastruktur kritikal seperti itu boleh menyukarkan operasi ketenteraan Amerika di Asia-Pasifik.

China mempunyai kepentingan strategik utama di Pelabuhan Darwin, Prof James R. Holmes dari Kolej Perang Tentera Laut AS memberitahu BBC pada awal Jun. Jarak dekatnya dengan rantaian pulau pertama (rangkaian kepulauan pertama Pasifik utama yang keluar dari tanah besar Asia Timur) menjadikannya elemen penting dalam pertahanan serantau.

Lokasi Darwin berhampiran timur ke Laut China Selatan boleh memudahkan tentera bersekutu menghalang akses China ke laluan maritim alternatif ke lautan Pasifik dan Hindi, khususnya melalui selat Sunda dan Lombok, katanya.

"Menyekat rantaian pulau bukan sahaja menghadkan kebolehgerakan kuasa maritim China dan melemahkan pilihan ketenteraan Beijing, tetapi ia juga menjejaskan ekonomi China. Kelebihan geografi kami, kekuatan ketenteraan dan kekuatan pakatan negara mencerminkan kekurangan strategik China," kata Holmes.

Ketegangan memuncak

Tindakan Australia untuk mengkaji semula pajakan Darwin dan mungkin menuntut semula pelabuhan itu mencerminkan peningkatan ketegangan geopolitik dan pendirian Canberra yang berkembang mengikut strategi serantau. Apabila pengaruh China di Indo-Pasifik berkembang, Australia kelihatan sedang menilai semula kedudukan strategiknya.

Australia terlibat dalam penentukuran semula yang lebih luas, tulis penasihat politik Angelos Kaskanis di Brussels Morning pada 31 Mei.

"Australia sedang menyusun semula kedudukan strategiknya -- bukan sebagai langkah balas terhadap cita-cita kuasa lain, tetapi sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menjamin kedaulatan ekonomi dan infrastruktur pertahanannya," tulis Kaskanis.

Apabila ketegangan geopolitik meningkat dan kuasa pertengahan mendesak secara kuat untuk masuk campur, Australia mempunyai pilihan yang jelas: sama ada terus bermain dengan permainan secara reaktif dan berperanan sokongan, atau muncul sebagai watak utama yang membentuk masa depan Indo-Pasifik," katanya.

Untuk meneruskan pilihan yang kedua, katanya, Australia perlu mengamalkan dasar luar yang lebih tegas, melancarkan inisiatif serantau yang lebih mantap dan melabur dalam cara yang mencerminkan peranannya sebagai kuasa berdaulat dan bukannya hanya sekutu setia semata-mata.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *