Oleh Jia Feimao |
Kementerian Pertahanan Negara Taiwan telah mengeluarkan sebuah buku panduan pertahanan awam yang dikemas kini yang menyerlahkan ancaman maklumat palsu dan kemungkinan senario ketenteraan serta menggesa orang ramai untuk mengekalkan daya tahan sekiranya berlaku serangan China.
Buku panduan tersebut, yang bertajuk In Case of Crisis: Taiwan's National Public Safety Guide, telah dilancarkan pada pertengahan bulan September dan memberi penekanan yang lebih besar kepada kontingensi masa perang berbanding dengan edisi dahulunya.
Ia menggariskan enam tindakan ketenteraan China yang bermungkinan, menambah bahagian baharu dalam menentang maklumat palsu dan menyediakan kanak-kanak secara psikologi serta menawarkan arahan-arahan untuk menghadapi bencana, pemindahan dan keselamatan maklumat.
Beijing mengekalkan tuntutannya terhadap Taiwan dan tidak menolak kemungkinan menggunakan kekerasan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah meningkatkan latihan ketenteraan di sekitar pulau itu, termasuk latihan-latihan tembakan langsung dan simulasi-simulasi sekatan.
![Jasmine, seorang pekerja pejabat di Taipei, membaca buku panduan pertahanan awam Taiwan yang baru dikeluarkan. [Jia Feimao]](/gc9/images/2025/10/01/52213-handbook-370_237.webp)
Timbalan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Lin Fei-fan, yang menyelia buku panduan yang dikemas kini, memberitahu Reuters pada 12 September bahawa "hasrat China untuk mengembangkan kekuasaan sedang dirasai oleh negara-negara di seluruh dunia."
"Situasi global itu -- sama ada di Eropah atau di rantau Indo-Pasifik -- bukanlah kebimbangan yang jauh. Ia betul-betul di depan pintu kami," katanya merujuk kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Bersedia untuk krisis
Buku panduan itu mengingatkan rakyat supaya tidak mempercayai khabar angin tentang penyerahan diri atau kekalahan.
"Kami tidak akan menyerahkan diri," kata Lin kepada Reuters.
"Konsep ini mesti diserap dalam fikiran setiap orang. Apabila setiap warga Taiwan menyedari ini, daya tahan psikologi mereka secara semula jadi akan mendapat kekuatan," katanya.
Buku panduan baharu itu juga menyatakan bahawa langkah-langkah paksaan China boleh termasuk mensabotaj infrastruktur kritikal dankabel-kabel dasar laut untuk memutuskan internetmenghantar kapal-kapal perang atau dron-dron di sekitar Taiwan, mengenakan zon larangan belayar secara unilateral atau menggantung pengangkutan dan perdagangan rentas selat dan melancarkan serangan-serangan bersenjata.
Pengeluaran buku panduan itu "tidak bertujuan untuk menimbulkan panik, tetapi untuk memberitahu orang ramai bahawa anda perlu membuat persiapan dalam masa aman, supaya apabila krisis berlaku, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan," kata Shen Wei-chih, pengarah Agensi Mobilisasi Pertahanan Keseluruhan, agensi mobilisasi simpanan Taiwan.
Penyediaan awal akan membantu memastikan keselamatan apabila krisis berlaku, katanya dalam satu sidang akhbar.
Selain ancaman ketenteraan, buku panduan itu memberi amaran tentang risiko keselamatan siber yang dikaitkan dengan teknologi buatan China, seperti peralatan pengawasan dan aplikasi termasuk DeepSeek, WeChat, TikTok dan Xiaohongshu.
"Peranti-peranti ini bahkan boleh digunakan oleh musuh dalam krisis," nyata buku panduan itu mengenai alat-alat pengguna elektronik China dengan fungsi kamera.
Nasihat kesediaan praktikal termasuk pemasangan beg-beg yang disesuaikan dengan keperluan keluarga; penyimpanan sekurang-kurangnya bekalan makanan, air dan ubat-ubatan untuk seminggu dan penetapan lokasi pertemuan kecemasan yang telah dirancang.
Sekiranya berlaku gangguan komunikasi, rakyat diarahkan untuk bergantung pada siaran radio atau mendapatkan maklumat yang disahkan daripada balai-balai polis dan pejabat-pejabat daerah tempatan.
Edisi baharu tersebut tidak mempunyai bahagian edisi terdahulu yang berkenaan dengan pengecaman angkatan musuh.
Dengan mengambil kira keselamatan orang awam sebagai keutamaan, Shen berkata orang ramai harus menjauhi dari semua kawasan aktiviti-aktiviti ketenteraan dan mengelak daripada memuat naik imej yang menunjukkan pergerakan tentera.
Penekanan terhadap daya ketahanan
Berbanding dengan buku panduan yang pertama kali dikeluarkan pada 2022 selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, edisi terbaharu itu memberi tumpuan yang lebih besar terhadap daya ketahanan psikologi dan penentangan terhadap peperangan maklumat.
Lai menubuhkan Jawatankuasa Daya Ketahanan Pertahanan Menyeluruh Masyarakat pada tahun lepas untuk menunjukkan keazaman Taiwan dalam mempertahankan diri kepada masyarakat antarabangsa.
Sesetengah rakyat menyambut baik pengemaskinian itu.
Ah-chiu, seorang penduduk di Bandar Taipei Baru yang dikenal pasti dengan nama samarannya, memberitahu Focus bahawa buku panduan itu "menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk terus berjuang," yang boleh meningkatkan keyakinan orang ramai.
Jasmine, seorang pekerja pejabat di Taipei, menyatakan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk mengatur tempat pertemuan kecemasan untuk keluarga tetapi mendapati panduan baharu itu praktikal.
Seorang bapa muda bernama Ma berkata bahagian meredakan kebimbangan kanak-kanak mendorongnya berfikir tentang cara menjaga kesejahteraan mental anaknya semasa krisis.
Buku panduan ini boleh didapati dalam cetakan terhad di kedai-kedai pasar raya yang terpilih, manakala edisi-edisi elektronik Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris boleh dimuat turun secara percuma daripada laman web Kementerian Pertahanan.
![Presiden Taiwan Lai Ching-te (tengah, barisan hadapan) dan pegawai-pegawai kerajaan memegang salinan buku panduan pertahanan awam yang baru dikeluarkan semasa Forum Antarabangsa Taiwan yang Berdaya Tahan untuk Kemampanan Demokrasi di Taipei pada 20 September. [Pejabat Presiden (Taiwan)]](/gc9/images/2025/10/01/52212-forum-370_237.webp)