Oleh Liz Lagniton |
Sebuah pekan terpencil Filipina yang terbabit secara langsung dalam pertikaian Laut China Selatan telah kembali menjadi fokus pergeseran diplomatik yang berkembang dengan pantas, selepas China menyekat 16 orang pegawai pekan tersebut daripada memasuki Tanah Besar China, Hong Kong dan Macau. Tindakan itu akan merosakkan hubungan, kata Manila.
Kalayaan, satu perbandaran di Palawan, mentadbir sebahagian daripada kepulauan Spratly, termasuk Pulau Thitu -- dikenali penduduk setempat sebagai Pag-asa, pusat pentadbiran Kumpulan Pulau Kalayaan dan kawasan paling besar Filipina yang tidak diduduki orang di perairan yang dipertikaikan yang turut dituntut oleh China.
Dalam satu kenyataan pada 11 Februari, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Filipina (DFA) berkata sekatan kemasukan tersebut boleh memutuskan hubungan. "Menghalang kemasukan orang asing ke wilayah mereka ialah kedaulatan prerogatif negara tersebut," tetapi tindakan sedemikian "tidak menyumbang kepada hubungan bilateral yang baik dan kukuh, terutamanya dalam merancakkan interaksi sesama rakyat," kata DFA, menurut media tempatan.
Pertikaian tersebut semakin tegang susulan pengumuman larangan perjalanan China pada 10 Februari dan penolakannya terhadap resolusi Senat Filipina yang mengkritik kenyataan umum kedutaan China terhadap Laut Filipina Barat (WPS).
![Sebuah kapal Pengawal Pantai China (kiri) menghalang kapal M/L Kalayaan milik perbandaran (kanan) ketika ia membantu menyalurkan bekalan ke kapal Filipina yang tersadai, BRP Sierra Madre, di Second Thomas Shoal (Ayungin Shoal) di Laut China Selatan pada 10 November 2023. [Jam Sta Rosa/AFP]](/gc9/images/2026/02/11/54597-afp__20231111__34368yl__v1__highres__philippineschinadiplomacymaritime-370_237.webp)
![Setiausaha Luar Negeri Filipina Ma. Theresa Lazaro menyambut kedatangan Duta China yang dilantik Jing Quan semasa ketibaannya di Filipina pada 6 Disember lepas. [Sec. Ma. Theresa Lazaro/X]](/gc9/images/2026/02/11/54596-img_2450-370_237.webp)
WPS ialah nama Manila untuk bahagian Laut China Selatan dalam Zon Ekonomi Eksklusifnya.
Duta adalah persona non grata
China merangka sekatan itu sebagai tindak balas selepas majlis perbandaran Kalayaan pada 27 Januari mengisytiharkan Duta China ke Manila Jing Quan sebagai persona non grata dalam jurisdiksi bandar itu dan menggelarnya "tidak dialu-alukan."
Kedutaan China berkata ia bertindak secara "prinsip timbal balik."
Hanya kerajaan sesebuah negara sahaja yang boleh mengambil tindakan secara rasmi mempengaruhi status utusan asing di seluruh negara. Resolusi Kalayaan, walau bagaimanapun, mengukuhkan aduan Filipina sejak sekian lama mengenai kehadiran berterusan China dan tindakan mereka di perairan yang Manila anggap sebagai miliknya.
"Rakyat Kalayaan tidak boleh kekal berdiam diri semasa wakil kuasa luar cuba untuk menentukan bagaimana kerajaan kita perlu mendisiplinkan rakyatnya sendiri atau mentafsirkan hak-hak kedaulatan negara sendiri," kata resolusi itu.
Untuk Kalayaan, deklarasi itu merupakan tindakan yang serupa. Pada 2023, ia mengisytiharkan duta China terdahulu, Huang Xilian, persona non grata selepas pertembungan Sino-Filipina berpunca daripada misi Filipina memberlkan bekalan kepada kapal yang tersadai, BRP Sierra Madre, di Second Thomas Shoal (Ayungin Shoal), lapor media Filipina.
Senat menyusul
Pertikaian Sino-Filipina yang terbaru telah merebak melangkaui politik tempatan. Senat Filipina menerima pakai, tanpa bantahan, Resolusi No. 256 pada 9 Februari, mengutuk apa yang penggubal undang-undang gambarkan sebagai kenyataan kedutaan China terhadap pegawai Filipina bersuara mengenai isu-isu WPS dan melindungi kedaulatan negara.
Jurucakap kedutaan China Ji Lingpeng menolak resolusi Senat sebagai "gimik politik semata-mata."
Pegawai kedutaan "bersikap kurang ajar dan perlu tarik balik kenyataan," Presiden Senat Vicente Sotto III menegaskan.
Senator Francis Pangilinan, yang menulis Resolusi No. 256, menuduh kedutaan bertindak keterlaluan dan menggesa DFA memberi tindak balas melalui saluran diplomatik, menurut laporan media Filipina.
Komunikasi antara kedutaan China dan pegawai Filipina mengenai perkembangan WPS telah menjadi bertambah sukar sejak kebelakangan ini. Kedutaan telah bertanya sama ada kenyataan-kenyataan dibuat Jay Tarriela, jurucakap pengawal pantai Filipina, menggambarkan polisi rasmi. Manila menafikannya.
Kenyataan berhati-hati Manila
Sementara itu, cabang eksekutif telah mengelak mengikuti perbuatan Kalayaan.
Pegawai tempatan terlibat dalam proses politik domestik berbanding campur tangan dalam diplomasi, kepimpinan Filipina memberi penekanan.
Istana Malacañang terdahulu menolak cadangan untuk melaksanakan deklarasi Kalayaan di peringkat kebangsaan. "Jawapan presiden ialah 'tidak','" jurucakap presiden Claire Castro berkata pada bulan Januari semasa ditanya sama ada Presiden Ferdinand Marcos Jr. akan melabelkan Duta Jing sebagai persona non grata.
DFA juga menyeru langkah berhati-hati. Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Theresa Lazaro telah menggambarkan pengisytiharan diplomat sebagai persona non grata adalah sebagai "pilihan terakhir," dan di antara tindakan paling keras yang negara tuan rumah boleh lakukan, yang kedua selepas mengeruhkan perhubungan.
Manila terus memberi isyarat bahawa polisi kebangsaan kekal berpaksikan diplomasi, undang-undang antarabangsa dan kehadiran maritim yang berterusan. Pegawai Filipina sering berhubung dengan China melalui pelbagai mekanisme, termasuk perbincangan yang diadakan di luar mesyuarat ASEAN baru-baru ini.
![Bendera-bendera China digantung dari siling Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Baoan di Shenzhen, wilayah Guangdong, China, 4 Oktober 2020. Pada bulan Februari, China menyekat 16 orang pegawai Filipina daripada memasuki tanah besar, Hong Kong dan Macau dalam apa yang dikatakan sebagai tindakan balas dendam. [Zou Bixiong/Imaginechina via AFP]](/gc9/images/2026/02/11/54599-afp__20201008__1041681108713078834__v1__highres__largenationalflagsseeninshenzhenair-370_237.webp)