Oleh AFP |
TOKYO -- Sedimen mengandungi nadir bumi telah diambil dari kedalaman laut 6,000 meter semasa misi percubaan Jepun, kerajaan Jepun berkata pada 2 Februari, semasa ia sedang berusaha mengekang kebergantungan terhadap mineral berharga daripada China.
Jepun berkata misi tersebut merupakan percubaan kali pertama di dunia untuk mendapatkan nadir bumi laut dalam pada kedalaman yang sebegitu.
"Maklumat lanjut akan dianalisis, termasuk berapa jumlah sebenar kandungan nadir bumi dalam sampel," ujar jurucakap kerajaan Kei Sato, menggelarnya sebagai "satu pencapaian yang bermakna dalam kedua-dua aspek dari segi keselamatan ekonomi dan pembangunan maritim yang komprehensif."
Sampel itu telah diambil oleh sebuah bot penggerudi saintifik laut dalam yang dipanggil Chikyu yang memulakan pelayaran pada bulan Januari ke pulau terpencil Minami Torishima di Pasifik, di mana perairan berhampiran mungkin mengandungi mineral yang berharga.
Ia datang selepas China -- yang setakat ini merupakan pembekal terbesar dunia nadir bumi -- rmeningkatkan tekanan ke atas jirannya selepas Perdana Menteri Sanae Takaichi mencadangkan pada November bahawa Tokyo mungkin bertindak balas dari segi ketenteraan terhadap serangan ke atas Taiwan. Beijing telah berikrar untuk merampas pulau yang ditadbir secara demokratik itu melalui kekerasan jika perlu.
Beijing telah menghalang eksport barangan "dua kegunaan" yang berpotensi digunakan dalam ketenteraan ke Jepun, menimbulkan kebimbangan di Jepun yang mana ia boleh merencat bekalan nadir bumi, sebahagiannya termasuk dalam senarai barangan China tersebut.
Nadir bumi -- 17 jenis logam yang sukar diekstrak dari kerak bumi -- digunakan secara meluas daripada kenderaan elektrik ke cakera keras, turbin angin dan peluru berpandu.
Kawasan sekitar Minami Torishima, berhampiran perairan ekonomi Jepun, dianggarkan mengandungi lebih daripada 16 juta tan nadir bumi, yang mana harian perniagaan Nikkei berkata ia merupakan rizab ketiga terbesar di dunia.
Simpanan yang kaya ini mengandungi anggaran 730 tahun nilai disprosium, digunakan dalam magnet berkuasa tinggi dalam telefon dan kereta elektrik, dan 780 tahun nilai yttrium, digunakan dalam laser, kata Nikkei.
Kebimbangan alam sekitar
Namun perlombongan laut dalam mengancam ekonomi marin dan akan menjejaskan dasar laut, kata ahli-ahli alam sekitar.
Pihak Berkuasa Dasar Laut Antarabangsa, yang mempunyai bidang kuasa terhadap dasar laut di luar perairan negara, sedang berusaha untuk menggalakkan pemakaian kod global dalam usaha mengawalselia perlombongan laut dalam.
Walau bagaimanapun, misi ujian Jepun tersebut berlaku di dalam kawasan perairan Jepun.
"Jika Jepun berjaya mengekstrak nadir bumi di sekitar Minami Torishima secara berterusan, ia akan menjamin rantaian bekalan domestik untuk industri-industri utama," Takahiro Kamisuna, penyelidik bersekutu di Institut Pengajian Strategik Antarabangsa, memberitahu AFP.
"Begitu juga, ia akan menjadi aset strategik yang penting untuk kerajaan Takaichi mengurangkan pergantungan rantaian pembekalan secara signifikan terhadap China."
Beijing telah lama menggunakan dominasinya dalam nadir bumi untuk kepentingan geopolitiknya, termasuk dalam perang perdagangannya dengan Washington.
China terlibat hampir dua pertiga daripada penghasilan perlombongan nadir bumi dan 92% daripada jumlah pengeluaran produk terproses global, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa.
![Kapal penggerudian laut dalam Jepun, Chikyu, ditunjukkan di pelabuhan Shimizu, wilayah Shizuoka, pada 11 September 2013. Kerajaan Jepun berkata pada 2 Februari bahawa misi percubaan berjaya menjumpai sedimen nadir bumi dari kedalaman 6,000 meter ketika ia cuba mengekang kebergantungan dengan China. [Toshifumi Kitamura/AFP]](/gc9/images/2026/02/04/54494-afp__20260202__94rv29e__v1__highres__filesjapanchinaoceansmining-370_237.webp)