Keselamatan

China luaskan penghadang di Scarborough Shoal, cetus kebimbangan pencerobohan pulau

Pembinaan penghadang terapung baru di beting yang dipertikaikan itu menyerlahkan dakwaan maritim yang dibuat oleh jiran-jiran China dan keputusan mahkamah antarabangsa yang menolakkannya. Ia akan menghalang akses angkatan tentera dan nelayan-nelayan Filipina.

Imej satelit ini, yang diambil oleh Satellogic dan diedarkan oleh SkyFi, menunjukkan penghadang buatan manusia yang jelas menghalang laluan masuk ke lagun di Scarborough Shoal, sebuah atol di Laut China Selatan yang dituntut oleh kedua-dua China dan Filipina. [Satellogic/Ray Powell/X]
Imej satelit ini, yang diambil oleh Satellogic dan diedarkan oleh SkyFi, menunjukkan penghadang buatan manusia yang jelas menghalang laluan masuk ke lagun di Scarborough Shoal, sebuah atol di Laut China Selatan yang dituntut oleh kedua-dua China dan Filipina. [Satellogic/Ray Powell/X]

Oleh Shirin Bhandari |

Imej satelit terkini dan kenyataan di lapangan menunjukkan sekali lagi kerja China di Scarborough Shoal, memperbaharui kebimbangan di Manila dan di kalangan pemerhati serantau bahawa Beijing mungkin sedang meletakkan asas untuk pembinaan berskala lebih besar di terumbu yang dipertikaikan.

Ia dikenali di Filipina sebagai Bajo de Masinloc atau Panatag Shoal.

China menuntut lebih 80% daripada Laut China Selatan, memusuhi banyak negara jirannya. Sebuah mahkamah di Hague pada 2016 menolak kes Beijing.

Imej terbaharu, yang dirakam pada 8 Oktober oleh Satellogic dan diedarkan melalui SkyFi, menunjukkan sebuah barisan struktur terapung berterusan yang terletak di muara lagun Scarborough yang sempit.

Pada 12 Oktober, sebuah kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air dan didakwa secara 'sengaja merempuh' sebuah kapal kerajaan Filipina berhampiran Pulau Thitu di Laut China Selatan. Insiden itu menyebabkan kerosakan kecil, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain atas perlanggaran itu [Xing Guangli/Xinhua melalui AFP]
Pada 12 Oktober, sebuah kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air dan didakwa secara 'sengaja merempuh' sebuah kapal kerajaan Filipina berhampiran Pulau Thitu di Laut China Selatan. Insiden itu menyebabkan kerosakan kecil, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain atas perlanggaran itu [Xing Guangli/Xinhua melalui AFP]

Penghadang itu akan menghalang akses ke lagun oleh kapal-kapal Pengawal Pantai Filipina (PCG) dan nelayan-nelayan Filipina, kata penganalisis-penganalisis di projek ketelusan SeaLight.

Pada September 2023, penyelam-penyelam PCG memotong dan mengalihkan penghadang terapung sepanjang 300 meter di luar laluan masuk beting tersebut.

Pada Februari 2024, China sekali lagi memasang penghadang terapung di luar beting sebelum mengalihkannya.

Mempergunakan laut sebagai senjata

Menurut SeaLight, penghadang itu mencerminkan taktik "zon kelabu" yang biasa diketahui: di mana penghadang terapung sementara mengetatkan kawalan tanpa meningkatkan ketegangan ketenteraan secara terbuka.

"Sebuah penghadang terapung haram yang dipasang oleh Republik Rakyat China di muara Scarborough Shoal" kelihatan dalam imej satelit baharu, Luke Fischer, pengasas bersama SkyFi, menulis di X.

Ini "hanya satu contoh kecil bagaimana mereka mempergunakan laut sebagai senjata," tambahnya

Pengarah SeaLight Ray Powell menyiarkan imej penghadang itu di X.

Suara pro-China telah mempertahankan penghadang terbaru itu.

"Inisiatif Penyelidikan Laut China Selatan yang berpangkalan di Beijing berkata di X bahawa langkah itu adalah tindak balas kepada "tingkah laku provokatif Filipina baru-baru ini," sambil menambah bahawa China "mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja."

Penguasaan China sejak 2012

Scarborough Shoal terletak kira-kira 120 batu nautika di barat Zambales di Luzon, dalam Zon Ekonomi Eksklusif Filipina. Walau bagaimanapun, China telah melaksanakan kawalan de facto sejak terjadinya kebuntuan pada 2012. Pengawal-pengawal pantai China menghalang laluan masuk lagun itu dan mengganggu bot-bot nelayan Filipina di sekitar beting.

Ketegangan telah meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dalam kedua-dua domain maritim dan udara. Pada 11 Ogos, sebuahkapal perang tentera laut China bertembung dengan sebuah kapal pengawal pantai China ketika mengganggu rondaan Filipina, menekankan ketinggian risiko persekitaran itu.

Domain udara menjadi panas pada pertengahan bulan Oktober apabila Beijing mendakwa telah menghalau dua pesawat peninjau Filipina, sehari selepas Manila melaporkan "gangguan agresif" daripada sebuah helikopter China dan sebuah jet pejuang dengan pesawat PCG.

Kebimbangan palsu 'alam sekitar' China

Beijing menimbulkan kemarahan Manila dengan mengumumkan pada bulan September sebuah rizab alam semula jadi yang dirancang di beting itu.

Penganalisis-penganalisis luarmenafikan usaha pemuliharaan yang kononnya itudan menyebutnya sebagai satu langkah pentadbiran untuk mengenakan kawalan.

Pengumuman perizaban itu mendapat kritikan daripada Manila dan pihak asing kerana beting itu merupakan kawasan perikanan tradisional bagi Filipina, China dan Vietnam. Pengumuman pemuliharaan itu berselari dengan corak China yang menggunakan rasional aman untuk mewajarkan rondaan-rondaan dan kehadiran tentera, kata penganalisis-penganalisis.

Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro Jr telah mempersoalkan sama ada China bercadang untuk menukar beting itu menjadi sebuah pulau buatan.

Rujukan China beting itu sebagai "Pulau Huangyan" mungkin satu "slip Freudian," katanya pada bulan Oktober.

Sejak 2013, China telah membangunkan 3,200 ekar tanah buatan di Spratly yang dipertikaikan, menurut Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) di Washington.

'Kami yang terlebih dahulu'

Untuk menunjukkan bahawa Fiilipina berada di sana terlebih dahulu, PCG telah mengeluarkan peta yang menunjukkan serpihan pembinaan lama di beting itu. Beberapa dekad yang lalu, lokasi itu berfungsi sebagai kawasan pengeboman untuk operasi bersama AS-Filipina, kata Manila.

Runtuhan itu telah bermula sejak 1980-an dan 1990-an, kata Laksamana Muda Roy Vincent Trinidad, jurucakap tentera laut Filipina untuk Laut Filipina Barat, pada bulan Oktober.

Tanpa menghiraukan bukti Manila, China sedang meningkatkan kawalan di Laut Filipina Barat, menggunakan "perlindungan alam sekitar" atau "peraturan perikanan" sebagai alasan.

"Ia berselari dengan corak yang China cuba wujudkan iaitu justifikasi pentadbiran untuk perkara-perkara yang telah dilakukan dengan kuasa tentera," kata Greg Poling, penganalisis di Laut China Selatan di CSIS, mengenai rizab alam semula jadi yang dirancang di Scarborough Shoal.

“Filipina menggesa China supaya menghormati kedaulatan dan bidang kuasa Filipina ke atas Bajo de Masinloc... dan mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa,” kata Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan.

Adakah anda menyukai artikel ini?

Policy Link

Captcha *